web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 9:00PM

Muhammad Sanusi Md. Nor (tiga, kiri) merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah di Dataran Tsunami, Kota Kuala Muda - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menempelak pihak tertentu sebagai 'puak tidak mengaji (belajar)' kerana mengecamnya berhubung pelaksanaan projek empangan bawah tanah di Langkawi, yang diumumkannya bulan lalu.

Tegasnya, beliau tidak akan membangkitkan perkara itu sekiranya tiada kajian dilakukan pakar serta agensi kerajaan. 

Katanya, langkah untuk melaksanakan projek tersebut dipilih Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebelum dibincangkan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan diputuskan oleh Mesyuarat Exco dipengerusikannya. 

"Ada orang mengatakan yang saya ini 'pakar umum' dan ini satu lagi projek yang takkan jadi. Saya takkan sebut kalau tiada kajian dari jabatan atau agensi. 

"Ada orang komen di media sosial kononnya saya umum benda yang mustahil...Saya rasa puak ini tak mengaji (belajar). 'Pi' (Pergi) tanya Jabatan Alam Sekitar (JAS), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), JPS atau LSANK, nanti akan dapat jawapan. 

"Kita 'dok' mengaji ikut 'keyboard warrior' kemudian komen macam-macam. Tak patutlah komen benda yang 'depa' tak tahu dan jangan buat 'kepala tahu'," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah di Dataran Tsunami, Kampung Kepala Jalan di Kota Kuala Muda dekat sini, hari ini.  

Muhammad Sanusi (dua, kiri) menanam pokok sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah - Gambar Rafisqi Radhi
Muhammad Sanusi (dua, kiri) menanam pokok sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah - Gambar Rafisqi Radhi

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, pelaksanaan projek itu dipilih daripada lima kaedah yang boleh dilakukan bagi menambah baik bekalan air di Langkawi.  

Menurutnya pilihan pertama adalah pelaksanaan paip dasar laut baharu yang membawa air mentah di tanah besar, untuk dirawat di Loji Rawatan Air (LRA) baharu di Langkawi, sebelum diagihkan kepada orang ramai. 

"Kaedah itu memerlukan belanja antara RM350 juta hingga RM400 juta. Kaedah kedua adalah pembinaan paip baharu bagi membawa air yang telah dirawat di tanah besar dan kos bagi cara tersebut lebih mahal. 

"Kaedah ketiga adalah menapis air laut tetapi yang ini lagi mahal sebab kita tak cukup kapasiti tenaga hingga memerlukan sebuah pengeluar tenaga bebas (IPP) dibina. Pilihan kaedah keempat iaitu pembinaan Kolam Takungan Hiliran (ORS) tidak dapat dilaksanakan kerana sumber sungai tak cukup dan disebabkan itu, agensi terlibat memilih kaedah kelima iaitu empangan bawah tanah," katanya.  

Muhammad Sanusi menarik perhatian, empangan bawah tanah itu bakal menjadi yang pertama di Malaysia dengan modelnya diambil dari Jepun. 

"Jadi kita perlu ke Jepun untuk tengok pelaksanaannya. LSANK akan uruskan beberapa bahagian teknikal untuk ke sana dan kita akan turuti perkara yang terbaik, mengikut pandangan pakar. 

"Jangan ikut 'walanon' di internet itu... 'Depa' (Mereka) tak tahu apa-apa," katanya.

Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco bulan lalu, Muhammad Sanusi memaklumkan sebuah empangan air bawah tanah akan dibina di Padang Matsirat sebagai langkah penyelesaian jangka panjang isu bekalan air di Langkawi. - Getaran,  2 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Buka Sektor Penerbangan Untuk Turunkan Harga, Rancakkan Semula Pelancongan Langkawi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang