web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 8:46AM

Muhammad Sanusi Md Nor pada sidang media semalam - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Muhammad Nor mendakwa tidak pernah merugikan duit kerajaan negeri walau satu sen di sebalik pengumuman semua projek yang dipertikaikan pelbagai pihak sebelum ini.

Menurut Muhammad Sanusi, ramai orang tidak faham bahawa sesuatu projek yang melibatkan pihak swasta sangat bergantung kepada aspek perniagaan syarikat terlibat, bagi menentukan sama ada inisiatif diumumkan itu menjadi atau tidak.

"Mereka kata kalau umum saja (projek), mesti jadi. Jadi atau tidak, itu bergantung kepada aspek perniagaan syarikat berkenaan.

"Macam Widad@Langkasuka di Langkawi. Apabila syarikat itu dengan bersemangat nak kembangkan perniagaan di Kedah malah turut dilancarkan di sini dan Kuala Lumpur oleh Perdana Menteri pada waktu itu, takkan kita tak boleh umum?

"Tetapi itu projek pelaburan swasta, bergantung kepada keadaan pasaran. Kalau tak jadi, takkan kita yang salah sedangkan pertimbangan melaksanakan projek itu dibuat pelabur swasta?

"Lagi pun Widad@Langkasuka itu bukan tak jalan, sebaliknya sedang berlangsung fasa satu yang mana kebenaran merancang (KM) mengambil sedikit masa kerana projek itu besar. Saya dengar baru-baru ini ada orang kutuk kita pasal projek itu tak berjalan, saya fikir dia buta agaknya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, lewat semalam.

Sebelum ini, terdapat beberapa pimpinan parti lawan di Kedah dan penyokong mereka yang menyindir Muhammad Sanusi kerana mendakwa pengumuman-pengumuman dibuat seperti projek Langkasuka, stadium serta litar lumba belum menampakkan hasil.

Menjawab pertanyaan media mengenai pembinaan litar lumba antarabangsa di Langkawi yang mencecah kos RM180 juta sebelum ini, Muhammad Sanusi berkata, projek itu 'tersangkut' kerana syarikat swasta yang menjalin kerjasama dengan anak syarikat kerajaan negeri, Permodalan Kedah Berhad (PKB) bagi melaksanakan projek berkenaan berdepan saman pihak tertentu.

"Saya dimaklumkan syarikat swasta itu sedang berdepan saman jadi 'stuck' kepada kes mahkamah. Untuk litar lumba di Sungai Petani pula, kita ubah modelnya kepada projek swasta setelah kerajaan tidak mempunyai kewangan mencukupi bagi melaksanakannya.

"Kita terima RM30 juta tetapi pelan asal dibuat kerajaan sebelum ini RM73 juta. Sebab itu kita ubah supaya swasta yang buat pelaburan tetapi apabila keadaan syarikat tidak memberangsangkan, ada sekatan di situ," katanya.

Berkenaan pembinaan stadium baharu yang turut dipertikaikan ke atasnya, Muhammad Sanusi berkata perkara itu sebenarnya diumumkan oleh pemilik Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

"Stadium di Sungai Petani bertaraf JDT, itu diumumkan oleh pemilik KDA FC. Pada awal pengambilan KDA daripada KFA, beliau telah melawat JDT dan telah melantik satu konsultan untuk mereka bentuk stadium bagi KDA, itu yang diumumkan. 

"Itu pertimbangan beliau dan bukan projek kerajaan pun. Jadi saya tak pernah merugikan sesen pun duit kerajaan dan kalau pertimbangan syarikat tak mampu teruskan, itu pertimbangan mereka dan apa yang dikhabarkan pada saya, saya khabarkanlah kepada orang ramai," katanya. - Getaran, 6 Jun 2024.
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang