web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buka Sektor Penerbangan Untuk Turunkan Harga, Rancakkan Semula Pelancongan Langkawi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2024 9:42AM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI – Industri penerbangan perlu diliberalisasikan bagi menurunkan harga tambang dan merancakkan sektor pelancongan, kata Timbalan Presiden Persatuan Perniagaan Langkawi, Datuk Issac Alexander.

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan perlu mempertimbangkan untuk membenarkan syarikat penerbangan asing terbang di laluan sama dan memberikan hak pendaratan kepada syarikat tempatan.

"Semua syarikat penerbangan harus dibolehkan mendarat dan terbang ke semua destinasi yang didorong oleh kuasa pasaran dan bukannya kawalan ketat kerajaan. Dengan membenarkan lebih banyak syarikat penerbangan masuk ke Langkawi, termasuk syarikat tempatan atau asing, kita dapat menjadikan industri ini lebih kompetitif," kata Isaac yang mengendalikan agensi pelayaran Tropical Charters Sdn Bhd.

Ini katanya, akan membantu syarikat penerbangan tempatan menjadi lebih cekap sambil memastikan tambang tetap berpatutan.

Walaupun pelancongan sedang berada di fasa pemulihan terutama dengan pengecualian visa dan pembukaan semula pasaran luar negara di China dan India, beliau berkata lebih banyak usaha boleh dilakukan untuk menggalakkan pelancong domestik membelanjakan wang mereka di dalam negara.

Salah satu caranya adalah dengan menjadikan tambang penerbangan lebih berpatutan sambil menyediakan insentif untuk sektor swasta melabur semula dalam tarikan dan produk baru.

Isaac berkata tambang penerbangan yang lebih rendah boleh membantu mengawal kos pengangkutan dan kargo, mengurangkan kos rantaian bekalan dan inflasi.

Tambang penerbangan yang berpatutan ke Langkawi diperlukan kerana pilihan pengangkutan alternatif – perkhidmatan feri – berdepan kesukaran memenuhi permintaan disebabkan oleh pasang surut bermusim dan kos operasi yang semakin meningkat.

Membuka pasaran penerbangan akan membawa kepada tambang yang kompetitif dan menjadikan perjalanan masuk lebih murah bagi rakyat Malaysia, kata Isaac. 

Beliau menyeru kepada konsortium feri Langkawi untuk mengeluarkan jadual perjalanan mereka lebih awal, terutama semasa musim pasang surut. Ini akan memberi masa yang cukup kepada penumpang untuk merancang perjalanan mereka pergi dan balik dari resort di pulau.

Konsortium tersebut memiliki empat ahli yang mengendalikan 10 feri antara Perlis (Kuala Perlis) dan Kedah (Kuala Kedah) ke Langkawi.

"Dahulu, penumpang akan tiba di jeti dan kemudian menempah tiket mereka. Sekarang kita perlu menggalakkan mereka untuk menempah lebih awal dan menawarkan insentif diskaun, seperti dilakukan oleh syarikat penerbangan bajet," kata Isaac.

Perkhidmatan feri yang tidak sebaik  dahulu dikatakan menjadi punca kekurangan pelancong domestik di Langkawi, menyebabkan banyak operator pelancongan mengalami kerugian.

"Mereka tidak boleh beroperasi seperti dulu, mengharapkan penumpang untuk menaiki feri sebaik sahaja mereka tiba,” katanya. 

Isaac berkata penyelesaian jangka panjang untuk membina laluan air yang menuju ke Kuala Perlis, Kuala Kedah, dan Langkawi dijangka dimulakan tidak lama lagi.

Ini akan memakan masa untuk disiapkan, jadi konsortium perlu peka dan proaktif dalam menjadualkan perjalanan mereka, katanya.

Sebanyak 52 perjalanan feri dari Langkawi ke Kuala Perlis telah dijadualkan semula bulan ini kerana air surut.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata perjalanan kini dijadualkan untuk memenuhi syarat keadaan pasang surut di Langkawi dan Kuala Perlis.

Norhafiz berkata kemas kini dipaparkan di halaman Facebook "Cuti-Cuti Langkawi" dan www.cuticutilangkawi.com.

Terdapat juga pusat panggilan di 012-7327174 untuk penumpang mendapatkan maklumat terkini.

Laluan ke Kuala Kedah bagaimanapun masih tidak terjejas. – Getaran,  6 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah