web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 8:37AM

Langkawi juga perlu mempunyai sumber alternatif air - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Pihak berkuasa sudah tidak boleh menutup mata terhadap kelestarian hutan hujan dan paya bakau di Langkawi selepas musim kemarau yang melanda ketika ini mengakibatkan gangguan bekalan air di pulau peranginan itu.

Ia malah, seharusnya dilihat penduduk tempatan sebagai khazanah berharga.  

Pakar alamiah, Irshad Murbarak, berkata kedua-dua hutan hujan dan paya bakau menjadi kawasan tadahan air besar untuk pulau berkenaan, dan mampu menjadi punca alternatif memandangkan kekerapan gangguan bekalan air yang disalurkan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA).

“Cuaca kering berterusan luar biasa bukan hanya berlaku di Langkawi sebaliknya juga dialami di semenanjung. Sehubungan itu, jika kawasan tadahan di Perlis dan Kedah terjejas, sudah tentu mereka tidak mampu untuk segera menyalurkan bekalan ke Langkawi,” katanya dalam satu temubual.

Justeru, Irshad menganggarkan walaupun cadangan paip air dasar laut dari Perlis ke Langkawi dilaksanakan, ia masih lagi tidak praktikal jika tiada bekalan air dari sumber.

Berikutan itu, beliau percaya Langkawi juga perlu mempunyai sumber alternatif, yang boleh diperoleh dengan mengambil air dari kawasan hutan hujan dan paya bakau.

Bagi memastikan ini boleh dilaksanakan, pihak berkuasa seharusnya tidak membenarkan pelombongan pasir atau pembalakan di mana-mana kawasan di pulau berkenaan, termasuk di Gunung Raya, iaitu puncak tertinggi di Langkawi.

Irshad berkata, pihak berkuasa seperti Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) perlu melaksanakan inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan yang serius untuk melindungi ekologi rapuh itu di kawasan hutan hujan dan pergunungannya.

Tambahan, Langkawi sudah mendapat pengiktirafan sebagai sebahagian daripada rantaian Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark, yang membawa makna kelestariannya mesti disokong dan diamalkan.

Selain itu, katanya, pihak berkuasa tempatan juga perlu meningkatkan penguatkuasaan mereka untuk menghalang sebarang aktiviti haram daripada berleluasa dalam kawasan hutan berkenaan.

Sebelum ini, seorang pengusaha restoran, Oli Khalid, yang menguruskan cawangan Red Tomato di Pantai Chenang, mendedahkan kempen mendapatkan tandatangan untuk menyelamatkan Gunung Raya, dihidupkan semula dalam talian.

“Ia dihidupkan semula tetapi ia juga peringatan tegas mengani keperluan untuk melindungi alam sekitar kita. Langkawi diberkati dengan ekologi yang kuat tetapi tanggungjawab itu tetap diteruskan walaupun menerima tekanan daripada sektor pelancongan,” katanya. 

Oli berkata, status geopark menunjukkan bahawa ada keperluan untuk mengekalkan pulau peranginan itu, membabitkan pelbagai aspek termasuk pengurusan sisa dan membendungkan pencemaran marin. 

Kawasan gunung di Langkawi memiliki ekosistem pelbagai yang dihuni burung enggang papan, tupai kerawak hitam dan kelawar. 

Sebahagian besar daripada pulau yang berusia 220 juta tahun terdiri daripada batuan granit. 

Ia sebahagian daripada geopark pertama di Asia Tenggara, pemilihannya berikutan kepentingan geologikalnya di rantau ini serta pemuliharaan alam semula jadi.

Bekas Persatuan Alam Sekitar Malaysia Langkawi, Eric R. Sinnaya, berkata, usaha yang lebih besar perlu dilaksanakan untuk mempamerkan amalan pemuliharaan dan pemeliharaan kepada pelancong. – The Vibes, 11 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Raja Harald V Terus Pulih, Usaha Diambil Untuk Bawa Pulang Baginda - Istana Norway

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 10 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Saman Indira Gandhi Terhadap KPN, Kerajaan

Semasa 9 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi