web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2024 6:47PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam bekas Ahli Parlimen BERSATU yang dipecat daripada parti itu akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan kerusi mereka tidak perlu dikosongkan.

Ahli Parlimen Labuan (Bebas) Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman berkata, ini berdasarkan Perkara 49A bahawa mereka tidak boleh menyertai mana-mana parti kerana ia melanggar perkara 49A.

"Apa yang kami perjuangkan sehingga menyebabkan kami menjadi Ahli Parlimen Bebas ialah peruntukan Ahli Parlimen bagi membolehkan kami berkhidmat dan membantu rakyat di kawasan kami.

"Surat yang kami serahkan tahun lepas kepada Speaker (Yang Dipertua) jelas menyatakan kami kekal dan taat setia kepada parti BERSATU yang kami wakili namun tetap tidak diterima pucuk pimpinan (parti)," katanya yang mewakili lima Ahli Parlimen lain pada sidang media di Parlimen hari ini.

Lima Ahli Parlimen lain ialah Zahari Kechik (Jeli), Mond Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Mengenai tempat duduk kesemua enam Ahli Parlimen itu dalam Dewan Rakyat, Suhaili berkata perkara itu akan diputuskan Speaker Dewan Rakyat.

"Di mana kami duduk Insya Allah Tan Sri Speaker akan tetapkan. Kalau blok pembangkang tidak mahu kami duduk di kerusi sekarang, Tan Sri Speaker boleh putuskan.

"Ketika ini juga kita duduk di tempat biasa, sejak kami diberikan pelbagai surat dari parti kami duduk di kerusi yang sama juga mungkin ini perkara besar kepada mereka (parti)," katanya.

Semalam, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu telah menerima surat balasan daripada Johari yang memaklumkan tidak berlaku kekosongan kerusi Parlimen melibatkan enam bekas ahlinya yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 20 Jun lepas, Ketua Whip BERSATU yang juga Naib Presidennya Datuk Dr Ronald Kiandee telah mengemukakan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat itu mengenai kekosongan kerusi enam Ahli Dewan Rakyat itu kerana keahlian mereka dalam BERSATU telah terhenti. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 2 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan