web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2024 9:38PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Perbincangan untuk meminda Akta Lompat Parti bagi memperbaiki kelompangan yang ada sentiasa terbuka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada 2022 pernah mengusulkan supaya akta tersebut dipinda.

Menurut beliau, usul tersebut bagaimanapun ditolak kerajaan ketika itu. 

"Dulu kita cadang mana-mana yang dibuang parti, ditolak (mengosongkan kerusi) tapi tidak disetujui oleh kerajaan masa itu.

"Sebab masa itu orang UMNO masuk parti dia, jadi bagi saya kalau nak pinda boleh, kita bincang supaya siapa sahaja (tidak terkecuali). Dulu dia (pembangkang) menentang, ramai tak tahu," katanya ketika ditemui wartawan selepas solat Jumaat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melibatkan enam Ahli Parlimen BERSATU yang dipecat daripada parti itu baru-baru ini.

Johari terdahulu mengumumkan, kerusi milik enam Ahli Parlimen terbabit tidak perlu dikosongkan. 

Ahli Parlimen terbabit adalah Dwtuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Dr Zulkatperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Mereka dipecat selepas gagal menjawab notis mengesahkan kesetiaan kepada parti, selepas mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Johari berkata, peraturan baharu BERSATU yang mengisytiharkan enam Ahli Parlimen itu keluar parti bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan Parlimen.

BERSATU meminda perlembagaannya untuk membolehkan ahli mereka dipecat jika melanggar keputusan parti dan wakil rakyatnya perlu mengosongkan kerusi. - Getaran, 12 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 1 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Luar Negara 8 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 8 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000