web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 8:15AM

Mangsa dikatakan terbabas dan melanggar tiang elektrik - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, dekat sini, adalah milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini, berdasarkan pengecaman keluarga.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pengecaman berkenaan melalui dokumen dan juga beberapa barangan milik mangsa, Hafiz Fauzan Abdul Halid, 16, yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.

Beliau berkata mangsa merupakan pelajar tingkatan lima yang beralamat di Bandar Putera Indah dan dilaporkan hilang setelah keluar rumah dengan menunggang motosikal.

"Penemuan rangka di tepi Jalan Yong Peng-Muar itu kira-kira jam 11.15 pagi hari ini (semalam) oleh orang awam, selain terdapatnya sebuah motosikal yang mengalami kerosakan di lokasi dan dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Motosikal yang ditunggang mangsa disyaki terbabas ke tepi jalan dan terlanggar sebatang tiang elektrik, menyebabkan mangsa terhumban ke kawasan semak yang agak curam di dalam kebun durian berkenaan," katanya dalam satu kenyataan malam  tadi.

Shahrulanuar berkata walaupun pengecaman telah dilakukan keluarga, pengesahan rasmi identiti rangka yang dijumpai akan disahkan setelah laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) diperolehi.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, selain secara selari juga dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, bagi mengenal pasti jika terdapat sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa," katanya.

Terdahulu, bapa mangsa Abd Halid Sugiman, 44, menyatakan nombor pendaftaran motosikal yang ditemukan tersangkut di celah pokok, sama dengan motosikal yang digunakan oleh anaknya.

"Sebelum ini, setelah tidak pulang selepas keluar rumah pada 25 Mei, kami sekeluarga berusaha mencarinya di beberapa jalan yang mungkin dilalui termasuk Jalan Tongkang Pechah, Parit Raja, Sri Bengkal namun tiada petunjuk," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, remaja berkendan pergi ke rumah rakannya di Kampung Parit Ju, Tongkang Pechah untuk menonton bola sepak sebelum dilaporkan hilang. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki