web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2024 2:52PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT -Polis merampas dadah berjumlah RM895,662 di sebuah apartmen di Batu Pahat yang dijadikan stor serta pusat pembungkusan sebelum diedarkan ke seluruh Johor.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata,  hasil risikan hampir sebulan telah membawa kepada serbuan yang dilakukan pada Khamis lepas serta penangkapan tujuh suspek.

Beliau berkata suspek yang ditahan terdiri daripada empat lelaki tempatan berumur antara 21 hingga 38 tahun dan tiga wanita warganegara Thailand serta Vietnam yang berumur lingkungan 24 hingga 25 tahun.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua tangkapan positif dadah jenis methamphetamine dan mendapati masing-masing tiada rekod kesalahan lampau, baik melibatkan dadah atau jenayah.

"Antara dadah yang berjaya dirampas terdiri daripada serbuk ekstasi seberat 5,219.71 gram (g); 65 biji pil ekstasi (23.17 g); 56 pil Eramin 5 dan 96.46 g ketamin," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di sini hari ini.

Shahrulanuar berkata selain menjadikan rumah berkenaan sebagai stor dan pusat pembungkusan, sindiket ini turut mengedar dadah secara bersemka dengan dadah dihantar kepada pelanggan yang telah membuat pesanan awal.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati sindiket ini mula bergiat aktif sejak awal Julai dan jumlah dadah yang dirampas boleh digunakan hingga 19,000 penagih.

"Turut dirampas bersama suspek ialah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah motosikal serta wang tunai berjumlah RM2,380 dengan jumlah sitaan ialah RM92,730.

"Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan pula sebanyak RM988,392. Kesemua suspek ditahan reman bermula Jumaat hingga esok (8 Ogos) dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 6 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 7 jam yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis