web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aaron-Wooi Yik 'Mandi Peluh' Sebelum Ke Pusingan Kedua Terbuka Singapura

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 9:06AM

Beregu lelaki utama pasukan Malaysia, Aaron Chia (kanan)-Soh Wooi Yik. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai cabaran wakil Malaysia yang berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua kejohanan badminton Terbuka Singapura 2024 di Stadium Tertutup Singapura, semalam.

Pada aksi pusingan pertama, bekas juara dunia itu diberi saingan hebat pasangan Taiwan Chang Ko-chi-Po Li-wei sebelum meraih kemenangan 22-20, 21-17 dalam tempoh 41 minit.

Gandingan kelima dunia itu yang dilihat sebagai prospek pingat negara di Sukan Olimpik Paris 2024 bermula Julai depan akan bertemu beregu Taiwan Lee Yang-Wang Chi-lin.

Aaron-Wooi Yik sebelum ini mengalami kekecewaan selepas terkandas di pusingan suku akhir kejohanan Masters Malaysia, minggu lepas.

Mengiringi kemaraan Aaron-Wooi Yik ialah satu lagi beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menundukkan gandingan Thailand Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren 21-12, 21-11 dan akan membuat perhitungan berdepan pilihan kelima kejohanan dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Dalam saingan beregu campuran, gandingan negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengalahkan pasangan Jerman Jan Colin Voelker-Isabel Lohau 21-14, 21-11 dan akan bertemu Robin Tabeling-Selena Piek dari Belanda di pusingan kedua.

Dalam pada itu, pemain perseorangan profesional wanita negara Goh Jin Wei terkandas di pusingan pertama selepas tumbang 20-22, 18-21 kepada pilihan ketiga kejohanan Carolina Marin dari Sepanyol.

Terdahulu, pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada kejohanan akibat kecederaan hamstring yang dialami sekali gus menyaksikan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia diberikan kemenangan percuma. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Kem Badminton Berdepan Tembok Besar China, Vikings

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Tangisan, Kecederaan Tutup Tirai Hari Kelima Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka