web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2024 8:50AM

Lee Zii Jia berjaya menceriakan kembali kontinjen negara apabila mengatasi cabaran pemain Denmark, Anders Antonsen. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Pencapaian perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia melangkah ke separuh akhir meningkatkan semula semangat kontinjen Malaysia memburu emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini selepas kem badminton melalui detik penuh beremosi.

Permulaan cabaran pada hari ketujuh temasya agak perit apabila percubaan dua wakil beregu untuk mara ke final  dihalang oleh ‘tembok besar’ China selepas berjuang berhabis-habisan pada aksi separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena pada hari ini. 

Pada aksi pertama, beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan apabila tewas 12-21, 21-18, 15-21 dalam aksi sengit lebih 78 minit.

Mereka seterusnya akan beraksi dalam penentuan pingat gangsa menentang wakil Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida pada Sabtu dalam usaha melakar sejarah merangkul pingat selepas muncul beregu wanita Malaysia pertama mara ke separuh akhir Olimpik.

Sementara itu, pemenang pingat gangsa beregu lelaki di Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mengalami nasib sama menentang  satu lagi beregu utama dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Selepas pertarungan sengit selama lebih sejam, juara dunia 2022 itu terpaksa menerima kekalahan 19-21, 21-15, 17-21.

Dalam misi mempertahankan gangsa, Aaron-Wooi Yik akan berdepan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, Ahad ini.

Namun, Zii Jia beraksi pada sebelah malam (awal pagi Sabtu di Malaysia) berjaya menceriakan kembali kontinjen negara apabila mengatasi cabaran pemain Denmark, Anders Antonsen.

Juara All England 2021, Zii Jia, beraksi dengan cukup tenang untuk melakar kemenangan 21-17, 21-15 ke atas pemain nombor tiga dunia itu untuk berdepan juara dunia 2023 Kunlavut Vitidsarn dari Thailand.

Terdahulu, Kunlavut mencipta besar kejutan dengan  menyingkirkan pemain nombor satu dunia dari China, Shi Yu Qi menerusi kemenangan straight sets 21-12, 21-10.

Selain badminton, cabaran Malaysia pada Sabtu akan diteruskan oleh pemain golf profesional negara Gavin Green pada pusingan ketiga acara individu lelaki.

Atlet pelayaran Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latiff masing-masing beraksi dalam acara single handed dinghy ILCA 7 lelaki dan ILCA 6 wanita.

Tumpuan juga terletak ke atas Raja Pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang akan membuka kempen dalam pusingan awal acara 100 meter lelaki di Stade de France. 

Menarik untuk melihat jika atlet pecut yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu mampu memperbaiki rekod kebangsaan 10.09 saat miliknya, susulan trek Mondo baharu berwarna ungu di stadium berkenaan dikatakan membantu atlet mencatatkan masa yang lebih pantas. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Shah Firdaus Sukar Terima Hakikat Terlepas Peluang Raih Pingat

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: 'The Pocket Rocketman' Fokus Keirin Selepas Akhiri Acara Pecut 

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok