web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2024 8:24AM

Selepas terlepas pingat emas di Tokyo 2020, Mohd Azizulhasni Awang memikul beban berat pada saat negara masih ternanti-nanti pingat emas sulung Sukan Olimpik. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Pasukan berbasikal trek negara yang diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang akan mula memburu pingat Sukan Olimpik Paris 2024 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome hari ini perlu memberikan perhatian serius terhadap permainan taktikal pasukan lawan.

Lawan seperti pemenang pingat emas Kejohanan Dunia 13 kali Harrie Lavreysen dan Jeffry Hoogland dari Belanda, Jack Carlin (Great Britain), Matthew Glaetzer (Australia), serta pelumba Jepun Yuta Obara dan Kaiya Ota, masing-masing bukan sahaja memiliki kehebatan fizikal, tetapi juga gerakan dan taktikal, seperti yang telah digunakan pada perlumbaan akhir keirin lelaki di Olimpik Tokyo 2020.

Strategi seperti peletakan kedudukan, penetapan kelajuan dan pecutan mengejut, boleh menafikan pelumba yang terleka daripada menempatkan diri di podium.

Selepas terlepas pingat emas di Tokyo 2020, Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai Pocket Rocketman memikul beban berat pada saat negara masih ternanti-nanti pingat emas sulung Sukan Olimpik.

“Saya sedar akan bebanan ke atas Mohd Azizulhasni, yang diharapkan menghasilkan emas sulung, tetapi sebagai seorang atlet bertaraf dunia, beliau mampu menangani tekanan itu,” Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh.

“Pasukan telah membuat persiapan yang baik, dengan latihan beberapa hari di trek Olimpik sehingga semalam. Saya rasa mood dalam pasukan berbasikal trek Malaysia ceria dan positif, dan mereka semua teruja untuk memulakan perlumbaan,” katanya kepada Bernama.

Pemenang pingat perak keirin Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan beraksi dalam acara pecut bermula hari ini hingga Jumaat (7-9 Ogos), manakala Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang menyertai Olimpik buat kali pertama akan beraksi dalam acara keirin wanita pada Rabu dan Khamis.

Nurul Izzah Izzati kemudiannya akan sertai acara pecut wanita dari Jumaat hingga Ahad, manakala juara dunia keirin 2017 Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus, akan bersaing dalam acara kegemaran mereka iaitu keirin lelaki, pada Sabtu dan Ahad.

Amarjit yang juga Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) berharap pada kali ini, Muhammad Shah Firdaus akan menjadi rakan sepasukan yang kuat kepada Pocket Rocketman, dengan prestasi yang terbaik.

“Nurul Izzah Izzati pula saya rasa dia telah lakukan yang terbaik, sebagai seorang pelumba yang berdisiplin dan saya percaya perjalanannya masih jauh dan seterusnya akan menyertai Sukan Olimpik selepas ini iaitu di Los Angeles 2028, dan seterusnya. Paris akan jadi satu pengalaman dan pendedahan yang baik pada peringkat tertinggi untuknya.

“Saya minta seluruh rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kejayaan untuk pelumba kita di Paris ini,” katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Shah Firdaus Sukar Terima Hakikat Terlepas Peluang Raih Pingat

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: 'The Pocket Rocketman' Fokus Keirin Selepas Akhiri Acara Pecut 

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 20 jam yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan