web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2024 8:35AM

Lee Zii Jia meraih pingat gangsa dalam acara badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik Paris 2024. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Pemain badminton perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia, tidak akan berhenti dengan pingat gangsa di Olimpik Paris 2024, tetapi akan meneruskan perjuangan untuk menang pingat emas di Sukan Olimpiknya seterusnya iaitu di Los Angeles 2028 (LA2028).

Zii Jia yang tiba di Paris dengan impian emas selepas prestasi yang baik di Kejohanan Dunia baru-baru ini, berkata beliau seperti 'dikejutkan daripada tidur yang lena' oleh Kunlavut Vitidsarn selepas tewas pada peringkat separuh akhir di Porte de La Chapelle Arena.

"Saya seperti hilang pada ketika itu dan tidak pasti jika saya mahukan pingat gangsa ini. Kita (Malaysia) dah ada banyak gangsa dan perak Sukan Olimpik, yang belum ada ialah emas.

"Namun, bagi saya ini satu permulaan perjalanan yang baik untuk saya. Tentu sekali saya akan kembali di LA28, dan akan terus mencuba untuk menang emas untuk Malaysia dan diri saya," katanya selepas perlawanan pingat gangsa, semalam.

Terdahulu, Zii Jia menjadi atlet Malaysia ketiga untuk menang pingat Olimpik badminton perseorangan lelaki selepas Datuk Rashid Sidek menang gangsa di Atlanta 1996, dan tiga pingat perak Datuk Lee Chong Wei di Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Pemain ketujuh dunia itu, berjaya kembali untuk menang selepas tewas set pertama kepada Lakshya Sen dari India, 13-21, 21-16, 21-11, dan membawa pulang pingat gangsa, selepas tewas kepada Chen Long dari China di pusingan 16 terakhir pada penampilan pertamanya di Tokyo 2020.

Juara All England 2021 itu berkata sejak meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjadi pemain persendirian pada awal 2022, banyak telah berlaku dan menjadikan beliau lebih matang.

Sementara itu Lakshya berkata tangan kanannya berdarah ketika perlawanan akibat luka, yang menjadi gangguan kepadanya dan meneruskan permainan dengan memakai balutan.

"Saya tidak dapat lakukan yang terbaik, sebaik beliau mulakan dapat rentak dan kemudiannya tekanan mula meningkat. la agak sukar untuk mengawal permainan.

"Tidak, saya tidak rasakannya (kecederaan menukar arah perlawanan), beliau bermain dengan baik. Sebaik beliau mendapat rentak, ia menjadi sukar untuk saya," katanya.

Sementara itu, pemain Denmark Viktor Axelsen mengekalkan pingat emas perseorangan lelaki dengan kemenangan 21-11, 21-11 ke atas pemain Thailand Kunlavut di final.

Terdahulu pemain nombor satu dunia An Se Young mengalahkan pemain China He Bing Jiao 21-13, 21-16 untuk pingat emas perseorangan wanita. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Shah Firdaus Sukar Terima Hakikat Terlepas Peluang Raih Pingat

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: 'The Pocket Rocketman' Fokus Keirin Selepas Akhiri Acara Pecut 

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Semasa 1 hari yang lalu

Tuntut Hak Sabah Ikut Undang-Undang - JC Fong

oleh Desmond Davidson

Semasa 20 jam yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

oleh Jason Santos