web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Shah Firdaus Sukar Terima Hakikat Terlepas Peluang Raih Pingat

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2024 8:32AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Atlet berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakui beliau memerlukan masa untuk menerima dugaan terlepas pingat dan disingkirkan daripada final acara keirin lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pelumba berusia 28 tahun berasal dari Muar, Johor itu berkata beliau begitu yakin akan menaiki podium di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines semalam apabila telah menyediakan barangan keperluannya untuk upacara penganugerahan pingat.

Impiannya hampir menjadi realisasi apabila berada di kedudukan ketiga dengan perlumbaan memasuki lebih kurang 25 meter terakhir tetapi berkecai dalam masa yang begitu pantas selepas dilanggar oleh pelumba Jepun Shinji Nakano yang mengakibatkannya dan pelumba Great Britain Jack Carlin terjatuh.

Walaupun mengalami kecederaan ringan selepas diseret beberapa meter, pelumba yang digelar sebagai 'Shah The Terminator' itu tetap bangun dan menolak basikalnya ke garisan penamat untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Namun, bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, beliau disingkirkan ke tempat keenam kerana memasuki laluan pelumba Jepun itu.

"Saya memang berada pada posisi untuk meraih pingat apabila melepasi separuh daripada basikal Nakano tetapi secara tiba-tiba tayar belakang saya dilanggar. Kemudian pelumba di kedudukan nombor keenam yang dah give up untuk kejar (Matthew Glaetzer dari Australia) tamat perlumbaan di tempat ketiga.

"Dari pagi saya set minda bahawa saya ada kemampuan untuk meraih pingat. Jika saya tidak beri cabaran langsung untuk pingat saya boleh terima tetapi ini susah untuk hadam," katanya ketika ditemui di hotel penginapan.

Pemenang dua pingat gangsa di Sukan Asia Hangzhou tahun lepas itu, bagaimanapun berterima kasih kepada Institut Sukan Negara (ISN) yang membantunya kerana belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu dan lutut yang dihadapi sebelum ini.

Perlumbaan final itu dimenangi pelumba Belanda, Harrie Lavreysen untuk merangkul pingat emas ketiganya di Paris selepas turut memenanginya dalam acara pecut individu dan berpasukan.

Pingat perak menjadi milik pelumba Australia Matthew Richardson manakala rakan senegaranya, Matthew Glaetzer membawa pulang gangsa.

Sementara itu, Shah Firdaus meminta semua pihak supaya tidak mengecam Nakano di media sosialnya kerana pelumba itu tidak melakukannya dengan sengaja.

Shah Firdaus merupakan harapan terakhir buat Malaysia untuk menambah kilauan pingat di Paris 2024, selepas Datuk Mohd Azizulhasni Awang dibatalkan penyertaannya di pusingan pertama acara itu semalam.

Malaysia menamatkan kempen Olimpik Paris dengan dua gangsa masing-masing menerusi perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara badminton. – BERNAMA 
 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: 'The Pocket Rocketman' Fokus Keirin Selepas Akhiri Acara Pecut 

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

Semasa 11 jam yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok