web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Paris 2024: 'The Pocket Rocketman' Fokus Keirin Selepas Akhiri Acara Pecut 

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2024 8:27AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menamatkan saingan acara pecut Sukan Olimpik Paris 2024 pada pusingan 1/8 di Saint- Quentin-en-Yvelines National Velodrome, malam tadi.

Beliau tidak layak ke suku akhir selepas menduduki tempat ketiga pusingan repechages 1/8, ketinggalan 0.190s di belakang Mateusz Rudyk dari Poland yang mencatatkan 9.966 saat, manakala Mikhail Yakovlev dari Israel (+0.0543) kedua.

Hanya pemenang saringan kedua akan mara ke suku akhir.

Terdahulu, The Pocket Rocketman terpaksa beraksi dalam repechage selepas tewas kepada Jeffrey Hoogland (9.772s) dari Belanda dengan ketinggalan +0.037s pada saringan 6 pusingan 1/8.

Mohd Azizulhasni memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dengan catatan 9.402s untuk menduduki tempat ke-10 pusingan kelayakan, mengatasi rekod 9.523s dilakukannya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Nilai tahun lepas.

Bercakap kepada Bernama selepas perlumbaan, pemenang pingat perak acara keirin Olimpik Tokyo 2020 itu berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan permulaan kempen kali ini selepas berjaya mencapai catatan masa dimahukan pada pusingan kelayakan.

"Perancangan awal kita adalah untuk berlumba satu demi satu pusingan. Saya gembira dapat kalahkan Luca Spiegel dari Jerman dan Hamish Turnbull dari Great Britain.

"Perancangannya untuk kalahkan Hoogland tapi sebaliknya. la merupakan satu perlumbaan yang hebat dari segi teknikal dan taktikalnya cuma saya tidak cukup laju.

"Ketika pusingan repechage, John Beasley berkata simpan tenaga untuk keirin. Jika ke pusingan repechage akan berdepan dengan pelumba-pelumba hebat seperti Harrie Lavreysen (Belanda) di suku akhir dan saya membazir tenaga. Saya akan simpan tenaga untuk perlumbaan seterusnya pada 8 malam esok."

Terdahulu, seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak mara ke pusingan 1/16 selepas menghadapi cabaran sukar daripada Yakolev di pusingan 1/32 acara berkenaan.

Muhammad Shah kemudian turut gagal menebus kekecewaan di pusingan repechage 1/32 apabila sekadar menduduki tempat kedua dalam saringan ketiga di belakang pelumba Lithuania Vasilijus Lendel mara ke pusingan 1/16.

Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus seterusnya akan turun beraksi dalam acara utama, keirin bermula Sabtu ini, manakala Nurul Izzah Izzati Mohd Asri akan beraksi dalam acara pecut wanita bermula Jumaat. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Shah Firdaus Sukar Terima Hakikat Terlepas Peluang Raih Pingat

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 1 hari yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

Semasa 1 hari yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

Semasa 20 jam yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

oleh Jason Santos