web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Paris 2024: Tangisan, Kecederaan Tutup Tirai Hari Kelima Kontinjen Malaysia

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2024 8:11AM

Aksi beregu campuran badminton negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika menentang pasangan Korea Selatan di Arena Porte De La Chapelle malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS – Tangisan pemain beregu campuran Chen Tang Jie selepas beliau dan gandingannya, Toh Ee Wei tersingkir pada suku akhir mengakhiri hari kelima kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024, malam tadi.

Penampilan pertama gandingan di ranking kesembilan dunia itu berakhir selepas tewas 19-21, 14-21 menentang pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun di Porte de La Chapelle Arena. 

Terdahulu, Ee Wei yang jatuh tergolek pada awal perlawanan dan terpaksa tahan kesakitan dengan memakai pendakap tulang belakang.

Sementara itu, seperti dijangka pemain perseorangan lelaki profesional Lee Zii Jia mudah melepasi peringkat Kumpulan G dengan kemenangan 21-10, 21-13 ke atas pemain berpengalaman Sepanyol Pablo Abian yang beraksi dalam Olimpik kelima sejak edisi Beijing 2008.

Aksi Lee Zii Jia ketika menentang pemain Sepanyol Pablo Abian. – Gambar BAM
Aksi Lee Zii Jia ketika menentang pemain Sepanyol Pablo Abian. – Gambar BAM

Dalam aksi pusingan 16 terbaik pada Khamis, Zii Jia bakal menghadapi cabaran pilihan utama Perancis, Toma Junior Popov bagi perebutan slot ke suku akhir.

Popov dengan sokongan padu penonton tuan rumah berjaya mencipta kejutan besar ke atas pemain nombor sembilan dunia dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting 21-19, 17-21, 21-15 untuk muncul juara Kumpulan H, sekali gus mara ke pusingan kalah mati.

Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei. – Gambar BAM
Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei. – Gambar BAM

Namun, nasib berbeza bagi rakannya apabila pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei pulang dengan kekecewaan selepas terkandas di pusingan kalah mati setelah tewas 17-21, 22-20, 21-23 kepada Kim Ga Eun dari Korea Selatan.

Sementara itu, pemanah wanita negara Ariana Nur Diana Mohamad Zairi hampir mencipta kejutan menyingkirkan juara dunia 2022, Chiara Rebagliati dari Itali sebelum tewas menerusi ‘shoot-off’ acara recurve di Invalides. 

Pada aksi penyingkiran 1/32 acara individu wanita itu, kedua-dua pemanah terikat 5-5sebelum Ariana Nur Diana tewas 5-6 selepas membidik sembilan mata manakala Rebagliati cemerlang dengan bidikan tepat 10 (bull-eyes) dalam bidikan satu anak panah penentuan.

Ariana Nur Diana Mohamad Zairi. – Gambar BERNAMA
Ariana Nur Diana Mohamad Zairi. – Gambar BERNAMA

Seorang lagi pemanah negara, Nurul Azreena Mohamad Fazil yang sepatutnya turun beraksi menentang Elif Berra Gokkir dari Turkiye  pada satu lagi aksi penyingkiran 1/32 petang tadi terpaksa tunggu sehingga malam Khamis.

Ia berikutan enam aksi pusingan penyingkiran 1/32 dan 1/16 yang sepatutnya diadakan selepas jam 7 malam tadi (1 pagi Khamis di Malaysia) ditunda 24 jam kerana cuaca hujan dan ribut petir.

Cabaran kontinjen Malaysia pada Khamis masih akan tertumpu di Porte de La Chapelle Arena dengan dua lagi aksi suku akhir acara beregu, selain Zii Jia. 

Beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik turun berdepan juara Sukan Asia Hangzhou 2022, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India manakala beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah berdepan pemenang pingat gangsa edisi lalu, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dalam perebutan slot ke separuh akhir.

Pada Khamis juga, dua lagi sukan akan membuka kempen bagi kontinjen negara iaitu golf di Le Golf National Golf dan pelayaran di Marina Marseille, lebih kurang 700km dari sini.

Pemain golf nombor satu negara Gavin Kyle Green akan beraksi dalam pusingan pertama acara individu lelaki manakala pelayar Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif masing-masing beraksi dua perlumbaan pertama acara single handed dinghy ILCA 7 dan single handed dinghy ILCA 6. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Shah Firdaus Sukar Terima Hakikat Terlepas Peluang Raih Pingat

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: 'The Pocket Rocketman' Fokus Keirin Selepas Akhiri Acara Pecut 

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Azizulhasni Perlu Berhati-Hati Mainan Taktikal Lawan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah