web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1,301 Jemaah Disahkan Meninggal Dunia, 83 Peratus Tidak Miliki Permit Tunai Haji 

Luar Negara Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2024 4:45PM

Jemaah haji yang tidak mempunyai permit itu terpaksa berjalan kaki di bawah cuaca panas - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majoriti daripada 1,301 jemaah haji yang disahkan telah meninggal dunia musim ini dikenal pasti tidak memiliki permit untuk menunaikan ibadah itu. 

Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, cuaca yang terlampau panas dipercayai menjadi faktor utama kematian jemaah berkenaan.

Menurut beliau, 83 peratus jemaah terbabit terpaksa berjalan kaki tanpa sebarang perlindungan atau rehat, termasuk warga emas dan pesakit kronik.

“Jumlah kematian mencecah 1,301 jemaah dan 83 peratus disahkan tidaj memiliki permit rasmi untuk menunaikan haji,” katanya, seperti dilaporkan Agensi Berita Saudi (SPA).

Arab Saudi mencatatkan suhu sehingga 51.8 darjah Selsius di Masjidil Haram kebelakangan ini. 

SPA turut memetik Menteri Kesihatan, Fahd Al-Jalajel sebagai berkata, kerajaan Arab Saudi berusaha meningkatkan kesedaran tentang bahaya gelombang haba dan cara mengurangkan risiko terhadap jemaah.

Beliau berkata fasiliti kesihatan merawat hampir setengah juta jemaah, termasuk lebih daripada 140,000 jemaah yang tidak mempunyai visa. 

“Dan masih ada sebahagian masih dirawat di hospital akibat strok haba,” katanya.

Minggu lalu SPA melaporkan, lebih 300,000 jemaah dilarang memasuki Makkah tahun ini oleh kerajaan Arab Saudi kerana tidak memiliki permit yang sah untuk menunaikan ibadah itu.

Jumlah tersebut mencakupi 153,998 individu yang tiba dengan visa pelancong.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dipetik sebagai berkata, 140 kempen haji palsu dah 64 operator telah ditahan sejak seminggu lalu kerana melanggar arahan dan peraturan haji tahun ini.

Jelas beliau, 97,664 kenderaan membawa jemaah tanpa permit yang sah turut diarah meninggalkan Makkah. - Getaran, 24 Jun 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah