web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


All England: Hanya Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir, Zii Jia Kandas

Sukan Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2024 12:15PM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi satu-satunya wakil negara yang masih meneruskan cabaran dalam Kejohanan Badminton All England 2024 apabila mara ke separuh akhir semalam.

Juara Dunia 2022 itu mempamerkan permainan cemerlang untuk menundukkan pasangan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana, 21-14, 21-11 dalam masa 31 minit pada suku akhir kejohanan badminton tertua di dunia itu di Utilita Arena Birmingham.

Kemenangan itu menyaksikan pasangan pilihan kelima tersebut mengekalkan rekod tanpa kalah keatas Muhammad Shohibul-Bagas 5-0.

Menanti Aaron-Wooi Yik di separuh akhir pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan yang menyingkirkan Supak Jomkoh- Kittinupong Kedren dari Thailand, 21-13, 21-17.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia ditunjukkan jalan pulang apabila tewas kepada Lakshya Sen dari India.

Pada pertembungan itu Zii Jia mensia-sia kemenangan set pertama 22-20, sebelum tewas pada set seterusnya 16-21, 19-21 kepada lawan.

Mengiringi 'pulang' pemain berusia 25 tahun itu satu lagi wakil Malaysia iaitu beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah yang turut kandas pada suku akhir semalam.

Pearly-Thinaah tewas dalam set penentuan kepada Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dari Jepun, 21-11, 18-21, 18-21. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Kem Badminton Berdepan Tembok Besar China, Vikings

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Tangisan, Kecederaan Tutup Tirai Hari Kelima Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang