web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kecuaian Perubatan: Bekas CEO PROLINTAS Terima Pampasan RM5.1 Juta

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jun 2024 8:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menganugerahkan ganti rugi RM5.1 juta kepada pentadbir harta pusaka bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) yang mengalami kerosakan otak selepas pembedahan di sebuah hospital pakar swasta, lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat keputusan tersebut selepas membenarkan saman difailkan pada 2018 oleh Allahyarham Datuk Zainudin A Kadir (plaintif) terhadap sebuah hospital swasta, seorang pakar bedah telinga, hidung dan tekak (ENT) serta pakar bius (defendan).

Ganti rugi itu perlu dibayar kepada Datin Nor Rizam Abdul Wahab (plaintif), sebagai isteri dan pentadbir harta pusaka Zainudin yang meninggal dunia pada 2021 ketika penularan COVID-19.

Dalam penghakiman setebal 79 muka surat, hakim memutuskan plaintif berjaya membuktikan imbangan kebarangkalian bahawa semua defendan bertanggungjawab atas kecuaian perubatan.

Katanya rantaian kejadian yang menyebabkan kecederaan kepada si mati melibatkan kebenaran keluar awal daripada proses pemulihan selepas pembedahan dan beberapa kejadian malang yang berlaku di wad.

"Ganti rugi diberikan oleh mahkamah akan ditanggung secara bersama dan berasingan oleh defendan," katanya dalam penghakiman yang disiarkan di laman web badan kehakiman awal minggu ini.

Beliau turut mengarahkan hospital dan dua doktor itu membayar kos RM210,000 lagi kepada pentadbir harta pusaka Zainudin.

"Sebahagian besar daripada ganti rugi berjumlah RM4 juta adalah akibat kehilangan pendapatan kerana mangsa bekerja dan memperoleh RM65,000 sebulan, manakala RM500,000 lagi adalah untuk kesakitan dan penderitaan,” katanya.

Dalam penghakimannya, Mohd Arief Emran juga menjelaskan bahawa bukan fungsi mahkamah untuk menghukum doktor atau hospital tetapi memberi pampasan kepada plaintif.

"Penganugerahan ganti rugi adalah percubaan oleh sistem perundangan untuk meletakkan plaintif pada kedudukan yang sama sejauh mana pampasan kewangan boleh diberikan," katanya.

Mengikut fakta kes, Zainudin dimasukkan ke hospital itu pada 22 Februari 2016 dan menjalani pembedahan hidung empat hari kemudian.

Pembedahan bermula pada jam 5.45 petang dan berakhir pada jam 8.05 malam. Rekod menunjukkan pembedahan berjalan lancar dan tiada kejadian tidak diingini semasa pembedahan. Bagaimanapun, Zainudin rebah pada jam 9.30 malam.

Mengikut protokol hospital, doktor mesti memerhati pesakit di ruang pemulihan sekurang-kurangnya sejam selepas 'reversal anaesthesia' atau penarikan kembali bius sebelum dipindahkan ke wad.

Tetapi dalam kes ini, proses pemerhatian hanya berlangsung selama 25 minit.

Memandangkan pesakit masih mengantuk, pakar bedah ENT memasukkan tiub ke dalam esofagus dan bukannya trakea yang membawa kepada kerosakan otak.

Selepas pembedahan, beliau dipindahkan ke wad VIP di mana alat suai kuasa (adapter) oksigen turut hillang.

"Saya dapati defendan semuanya bertanggungjawab secara bersama dan berasingan atas apa yang berlaku dan kini tidak boleh meletakkan kesalahan itu semata-mata kepada defendan kedua (pakar bedah ENT)," kata hakim itu.

Semua defendan telah memfailkan rayuan terhadap liabiliti dan kuantum. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang