web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 8:24PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengekalan penarafan kredit berdaulat Malaysia dan tinjauan ekonomi positif oleh S&P Global Ratings (S&P) dan Fitch Ratings (Fitch) menjadi bukti kepada pengurusan ekonomi berhemat kerajaan dan agenda reformasi Ekonomi Madani yang membuahkan hasil.

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha ini merangkumi reformasi menyeluruh institusi untuk meningkatkan mudah cara perniagaan dan daya saing serta penerusan pelaksanaan projek dan pembaharuan dasar di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-e12).

"Dengan pasaran buruh yang memberangsangkan serta pertumbuhan menggalakkan dari segi perdagangan dan pelaburan memacu pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama 2024 sehingga melepasi jangkaan, kerajaan yakin dengan kemampuan negara untuk mencapai pertumbuhan dalam julat sasaran rasmi sebanyak 4 hingga 5 peratus pada 2024," kata beliau.

Anwar berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

S&P dan Fitch baru-baru ini mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia masing- masing pada A- dan BBB+ dan menetapkan tinjauan "Stabil".

"Pengesahan oleh kedua-dua agensi ini mencerminkan keyakinan berterusan oleh pemegang taruh antarabangsa dalam prestasi pertumbuhan negara yang kukuh dan berdaya tahan, meskipun permintaan luaran yang mencabar ditambah dengan peningkatan konflik geopolitik global," kata Kementerian Kewangan.

Menurut MOF, S&P menyatakan penarafan agensi itu ke atas Malaysia disokong oleh kedudukan luaran yang kukuh dan dasar monetari yang anjal selain aliran pertumbuhan ekonomi negara yang menunjukkan peningkatan pada kadar yang lebih tinggi berbanding negara berpendapatan setara.

Manakala Fitch pula mengunjur KDNK Malaysia akan melonjak sebanyak 4.4 peratus pada 2024 dan 4.5 peratus pada 2025, lebih tinggi daripada 3.6 peratus pada 2023.

MOF berkata kerajaan kekal komited untuk memastikan kemampanan kewangan awam dengan mematuhi trajektori konsolidasi fiskal yang konsisten.

"Defisit fiskal yang menirus kepada 5 peratus pada 2023 dijangka menyusut lagi kepada 4.3 peratus pada 2024.

"Dalam jangka sederhana, kerajaan menetapkan defisit fiskal untuk berada pada paras 3 peratus seperti termaktub dalam Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.

"Ini selari dengan sasaran fiskal di bawah kerangka Ekonomi Madani untuk merealisasi kemampanan fiskal dan tatakelola yang baik," kata MOF. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

2

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM

3

Semasa 4 hari yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

4

Semasa 6 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar

Semasa 18 jam yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Semasa 14 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa