web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengasas Bersama G25 Noor Farida Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 hari yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2024 6:30PM

Noor Farida Ariffin meninggal dunia pada usia 76 tahun. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas duta dan juga antara pengasas bersama kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25, Datuk Noor Farida Ariffin meninggal dunia pada usia 76 tahun.

Farida bertugas dalam perkhidmatan awam selama 36 tahun dan antara jawatan pernah dipegang adalah majistret dan hakim Mahkamah Sesyen, sebelum dipinjamkan ke Kementerian Luar.

Beliau adalah duta besar Malaysia ke Belanda dari 2000 hingga 2007, sebelum dinaikkan pangkat sebagai ketua pengarah jabatan penyelidikan, perjanjian dan undang-undang antarabangsa Wisma Putra.

Pada 2011, Farida dilantik ahli kumpulan penasihat Pesuruhjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian, dalam dua konvensyen.

Farida bersara daripada perkhidmatan pada 2012.

Susulan persaraannya, beliau dilantik mengetuai jawatankuasa pembaharuan undang-undang di Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli lembaga pemegang amanah kepada Pertubuhan Pertolongan Wanita dan aktif memperjuangkan hak wanita di negara ini, sebelum dilantik menjadi pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia pada 2019. – The Malaysian Insight, 27 Jun 2024

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 18 jam yang lalu

Nahas Bas Genting Highlands: Pemandu Direman 4 Hari

Semasa 15 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar