web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

Ia susulan isu mengenai pengajaran atau ceramah yang disampaikan ustaz itu disyaki melanggar beberapa Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Selebriti Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 8:40PM

- Gambar Facebook

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid, surau dan musolla untuk menangguhkan semua program ceramah agama yang melibatkan penceramah selebriti, Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid atau Ustaz Don. 

Arahan yang ditandatangani oleh Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad itu menjelaskan tindakan itu diambil berikutan beberapa isu mengenai pengajaran atau ceramah agama Islam yang disampaikan oleh ustaz itu disyaki membawa kepada perlanggaran beberapa ketetapan di dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor amat berkenan dan menekankan kepada para pemegang tauliah agar umat Islam di Negeri Selangor dapat diberikan kefahaman Islam yang tepat berdasarkan sumber sahih mengikut disiplin ilmu Islam.

“Sehubungan itu, JAIS perlu menghentikan perkara seumpama ini dengan segera supaya tidak berleluasa di Selangor berkaitan apa jua bentuk pandangan-pandangan dan pernyataan tentang hukum-hakam agama Islam yang tidak berasaskan nas dan dalil yang sahih serta di luar pengetahuan umum majoriti umat Islam,” jelas beliau. 

Tambah Shahzihan lagi, mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS pada Isnin (24 Jun 2024) memutuskan Ustaz Don perlu mengemukakan kenyataan bertulis kepada jawatankuasa terhadap beberapa fakta tentang ceramah agama yang dibuat olehnya.

“Ini selaras dengan Peraturan 17 (b), (d) dan (f) Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 agar penggantungan atau penarikan semula tauliah oleh jawatankuasa tidak dilaksanakan terhadap beliau.

“Berdasarkan beberapa aduan yang diterima oleh pihak Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS, satu kertas siasatan juga dibuka terhadap Ustaz Don di bawah Seksyen 7, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“JAIS amat berharap agar semua pihak di Negeri Selangor dapat berkerjasama dan akur serta dapat mematuhl arahan untuk tidak mengundang alau membalalkan sesi ceramah atau apa-apa jua bentuk pengajaran agama Islam yang akan dilaksanakan melibatkan Ustaz Don sehingga Jawatankuasa Tauliah MAIS membuat keputusan muktamad tentang ķedudukan beliau,” tegas beliau lagi. 

Terdahulu, Ustaz Don terpalit dengan beberapa kontroversi apabila dia mengeluarkan beberapa kenyataan yang mengelirukan umat Islam. Malah, beliau juga telah digugurkan terus daripada program Salam Baitullah yang bersiaran di RTM setelah melakukan kesilapan berulang kali.

Belum sempat reda dengan kontroversi itu, Ustaz Don sekali lagi mengundang kekecewaan ramai apabila dia membuat kenyataan mengelirukan tentang ibadah berpuasa pada Hari Raya Haji baru-baru ini. - Getaran, 25 Jun 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Kembali Ke Salam Baitullah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

JAIS Tidak Pernah Keluar Arahan Halang Sekolah Baca Qunut Nazilah

4

Politik 1 tahun yang lalu

Dakwaan Ceramah Politik di Masjid, Fahmi Sedia Beri Kerjasama 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara