web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Ceramah Politik di Masjid, Fahmi Sedia Beri Kerjasama 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2023 1:19PM

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Hari Sektor Awam Malaysia 2023 hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil sedia memberi kerjasama penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekiranya dipanggil berhubung dakwaan beliau menyampaikan ceramah berunsur politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor pada Ahad lalu (30 Julai).

“Insya-Allah sekiranya dipanggil, saya sedia untuk tampil,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada program Hari Sektor Awam Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial beberapa keping gambar Fahmi dengan dakwaan beliau berucap mengenai isu politik di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang.

Semalam, media melaporkan JAIS sudah menerima aduan berhubung perkara tersebut dan memanggil nazir masjid itu bagi mendapatkan keterangan.

Fahmi berkata beliau sudah memberi penjelasan di laman sosial Facebook dan Twitter bahawa beliau dijemput oleh ahli jawatankuasa masjid berkenaan untuk menjelaskan mengenai punca pengharaman kumpulan muzik The 1975 dan pembatalan konsert Good Vibes Festival.

“Saya langsung tidak bercakap mengenai apa-apa isu politik mahupun pilihan raya negeri (PRN),” katanya yang kesal dengan tindakan pihak yang cuba mempolitikkan isu tersebut.

Pada 22 Julai lepas, kerajaan sudah mengeluarkan arahan pembatalan konsert itu di Litar Antarabangsa Sepang susulan perbuatan jelik dan kurang sopan vokalis The 1975, Matty Healy, ketika melakukan persembahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang