web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JAIS Tidak Pernah Keluar Arahan Halang Sekolah Baca Qunut Nazilah

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2023 6:15PM

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan atau pekeliling menghalang sekolah di bawah kendalian jabatan itu daripada membaca qunut nazilah, bagi mendoakan ketabahan kepada rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, JAIS juga tidak menerima apa-apa arahan daripada Kementerian Pendidikan berkenaan larangan membaca qunut nazilah.

“Elakkanlah menimbulkan prasangka dan cubaan yang meresahkan dan memecahbelahkan. Sebaliknya, umat Islam dan bukan Islam perlu disatukan atas nama kemanusiaan dan ukhuwah insaniah bagi bantu rakyat Palestin khususnya Gaza dalam malapetaka akibat kekejaman rejim aparteid zionis Israel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2024 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Mohammad Fahmi berkata, JAIS juga telah mengeluarkan pekeliling rasmi menyeru semua masjid dan surau di negeri itu untuk pelaksanaan solat hajat dan qunut nazilah pada rakaat akhir solat Maghrib dan Isyak pada 26 Oktober lepas.

Di samping itu, beliau turut menyambut baik cadangan Pua Pei Ling (PH-Bukit Lanjan) yang menyarankan kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor menyumbang sebanyak RM5,000 kepada tabung kemanusiaan Palestin yang dicadang diwujudkan bagi DUN itu untuk membantu mangsa konflik kemanusiaan di Gaza.

“Kita sambut baik cadangan sumbangan kepada Palestin oleh YB (Yang Berhormat) Bukit Lanjan semalam dan molek sumbangan itu disalurkan kepada tabung rasmi (bawah JAIS) iaitu Tabung Infaq Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI). Insya-Allah (akan) sampai ke Palestin,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Qunut Nazilah Untuk Musuh Islam, Bukan Untuk Sesama Sendiri - Pejabat Mufti

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Serangan Israel: Solat Hajat, Qunut Nazilah Di Seluruh Wilayah Persekutuan Malam Ini - JAWI

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi