web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Qunut Nazilah Untuk Musuh Islam, Bukan Untuk Sesama Sendiri - Pejabat Mufti

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2024 8:31AM

Bacaan Qunut Nazilah seharusnya dilakukan untuk musuh Islam sahaja - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Doa Qunut Nazilah seharusnya hanya dibacakan ke atas musuh Islam, yang terdiri daripada golongan kafir dan murtad.

Jurucakap Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkata, amalan Rasulullah dan SAW dengan jelas memperlihatkan bahawa doa itu tidak wajar ditujukan ke atas umat Islam. 

Menurut beliau, bacaan Qunut Nazilah tidak dibolehkan dalam apa jua keadaan sekali pun. 

“Apatah lagi jika sekiranya perselisihan dan pertelingkahan yang biasa terjadi terutamanya dalam lapangan politik dan seumpamanya. 

“Tindakan membaca doa Qunut Nazilah ke atas golongan Islam akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan ekstrem dan melampau dalam agama,” katanya.

Tegas jurucakap itu, doa Qunut Nazilah ialah ‘senjata’ untuk dibacakan ke atas golongan yang diperangi umat Islam atau pada sebarang musibah besar menimpa mereka. 

“Selain daripada itu, ia dibaca dalam konteks peperangan jihad yang dituntut dan dibenarkan oleh syarak sepertimana situasi yang dihadapi oleh Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA dan Saidina Umar al-Khattab RA. 

“Tidak terdapat riwayat hadis atau pandangan ulama yang mengharuskan bacaan doa Qunut Nazilah ke atas golongan Islam sendiri,” katanya.

Hal ini jelas beliau, seharusnya dielakkan kerana akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan yang ekstrem dan melampau dalam agama.

Tiga hari lalu, bacaan Qunut Nazilah oleh wakil rakyat pembangkang yang dipimpin Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail bergema di Dewan Rakyat, selepas Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dikenakan penggantungan selama enam bulan.

Perbuatan itu menimbulkan kritikan ramai kerana mencerminkan amalan politik taksub dan melampau. - Getaran, 21 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

JAIS Tidak Pernah Keluar Arahan Halang Sekolah Baca Qunut Nazilah

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Serangan Israel: Solat Hajat, Qunut Nazilah Di Seluruh Wilayah Persekutuan Malam Ini - JAWI

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Qunut Nazilah Hanya Untuk Musuh Islam - Ahmad Fauwaz

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka