web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serangan Israel: Solat Hajat, Qunut Nazilah Di Seluruh Wilayah Persekutuan Malam Ini - JAWI

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 11:06AM

Solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah akan diadakan di semua masjid, surau Jumaat dan surau selepas Isyak hari ini - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua masjid, surau dan surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan diminta melaksanakan solat Hajat dan bacaan Qunut Nazilah selepas Isyak, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, sesi munajat itu adalah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Palestin, yang kini berdepan serangan bertali arus tentera Israel.

Menurut beliau, perkembangan terkini menyaksikan 413 nyawa terkorban angkara serangan rejim Zionis.

“Sehubungan itu, selaras dengan kenyataan YB (Yang Berhormat) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, YBhg. Tan Sri / Datuk Seri / Dato’ Seri / Datuk / Dato’ / Tuan / Puan diseru untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah di masjid, surau Jumaat dan surau seliaan masing-masing hari ini,” katanya.

BERNAMA hari ini memetik Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan, angka kematian akibat serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 413 manakala 2,300 lagi cedera.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin semalam, antara yang terbunuh termasuk 78 kanak-kanak dan 41 wanita akibat pengeboman pesawat tempur Israel ke atas beberapa rumah di kawasan berbeza di Semenanjung Gaza.

Dua serangan udara Israel di bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza dan di bandar Beit Hanoun di utara juga meragut nyawa bayi, wanita, dan warga emas. - Getaran, 9 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Qunut Nazilah Untuk Musuh Islam, Bukan Untuk Sesama Sendiri - Pejabat Mufti

3

Semasa 10 bulan yang lalu

JAIS Tidak Pernah Keluar Arahan Halang Sekolah Baca Qunut Nazilah

4

Politik 10 bulan yang lalu

Radzi Jidin Ketua BERSATU Wilayah Persekutuan, Pimpinan Parti Takkan Goyah - Hamzah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka