web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Radzi Jidin Ketua BERSATU Wilayah Persekutuan, Pimpinan Parti Takkan Goyah - Hamzah

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 5:19PM

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurusan BERSATU Kuala Kangsar dan Labuan akan diambil alih oleh Badan Pimpinan Negeri berkuatkuasa serta merta.

Serentak dengan itu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, Naib Presiden parti itu, Datuk Dr Radzi Jidin dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman.

Menurut beliau, ia susulan tindakan Suhaili dan Ketua Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang mengisytiharkan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.

“Pengambilalihan itu sementara menunggu keputusan Lembaga Disiplin ke atas dua individu terbabit yang juga Ahli Parlimen.

“Seluruh Ahli Parlimen BERSATU kekal istiqamah bersama kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya. 

Tegas Ahli Parlimen Larut itu, sebarang cubaan pihak luar untuk memecah-belahkan kesatuan parti melalui tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan tidak akan berjaya.

“BERSATU tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku disiplin dalam kalangan ahli, khususnya membabitkan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“BERSATU amat komited dalam usaha memperkasakan Perikatan Nasional (PN) yang sudah mendapat mandat serta sokongan besar rakyat pada pilihan raya umum dan pilihan raya negeri lalu,” katanya. 

Suhaili dan Iskandar Dzulkarnain masing-masing sebelum ini mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri, walaupun masih kekal bersama BERSATU.

Kedua-duanya menjadikan kebajikan rakyat dan pengundi sebagai alasan bertindak sedemikian. - Getaran, 2 November 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

3

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

4

Politik 3 bulan yang lalu

BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi