web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


BERSATU Perlu Segera Maklum Kekosongan Kerusi Kepada Speaker – SCPP

Politik Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 9:38PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – BERSATU perlu memaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkenaan pelucutan keahlian empat wakil rakyatnya supaya kerusi mereka boleh diisytiharkan kosong untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK), kata satu kumpulan tindakan.

Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional (SCPP) berkata parti itu tidak perlu menunggu hingga Dewan Rakyat bersidang pada 24 Jun untuk berbuat demikian.

“Makluman perlu dibuat secara profesional dan bukan sebagai pertunjukan politik. Kelewatan memaklumkan kepada speaker Dewan Rakyat adalah menghalang proses wajar dan persediaan SPR untuk mengadakan pilihan raya kecil,” kata SCPP dalam satu kenyataan hari ini.

SCPP berkata empat Ahli Parlimen tidak lagi menjadi ahli BERSATU selepas 31 Mei susulan kegagalan mereka mematuhi arahan parti pada 17 Mei untuk berikrar setiap kepada parti dalam tempoh 14 harini.

Kuasa itu diperuntukkan mengikut Klausa 10.4 perlembagaan parti.

“Ini adalah akibat automatik daripada perbuatan mereka, sama seperti di kebanyakan parti apabila ada yang gagal membayar keahlian,” kata SCPP.

SCPP adalah jaringan yang terdiri daripada individu aktif dalam kumpulan masyarakat madani, badan pemikir dan para ahli akademik yang memperjuangkan sebuah Parlimen yang profesional bagi mewujudkan persaingan dasar yang sihat antara pelbagai pihak.

Empat Ahli Parlimen berkenaan adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

SCPP berkata Bersatu juga perlu memaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Selangor Lau Weng San berkenaan pelucutan keahlian ADUN Selat Klang, Abdul Rashid Asari.

Semua Ahli Parlimen dan ADUN itu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyebabkan BERSATU mendakwa mereka secara automatik hilang keahlian parti kerana tidak patuh dengan pendirian parti.

SCPP berkata yang dipertua dan semua pihak terbabit perlu menghormati Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan dalam perlembagaan negeri, dikenali sebagai Undang-undang Anti Lompat Parti (AHL).

Ia berkata apabila Ahli Parlimen atau ADUN tidak lagi menjadi ahli parti masing-masing, kerusi itu perlu dikosongkan seperti tertera dalam AHL.

Katanya, Johari dan Lau perlu memaklumkan SPR berkenaan lima kerusi terbabit dalam tempoh 21 hari daripada notis Bersatu.

SCPP berkata pelucutan keahlian dua lagi wakil rakyat BERSATU – Mohd Azizi Abu Naim (Ahli Parlimen Gua Musang dan ADUN Nenggiri di Kelantan) dan Zahari Kechik (Ahli Parlimen Jeli) tidak secara automatik menyebabkan kerusi itu kosong kerana mereka dipilih sebagai calon PAS dan bukan ahli Perikatan Nasional.

“Namun, mereka patut meletak jawatan secara sukarela bagi memberi laluan kepada PRK supaya pengundi boleh memutuskan sama ada akan menyokong tindakan mereka berubah gabungan,” kata SCPP. – The Malaysian Insight, 6 Jun, 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Muhyiddin Rayu Keputusan Kembalikan Kes Guna Kedudukan Untuk Suapan Ke Mahkamah Sesyen

2

Politik 5 bulan yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Permohonan BERSATU Minta Kosongkan 4 Kerusi Parlimen Sabah Ditolak

4

Politik 7 bulan yang lalu

Selepas Iskandar Dzulkarnain, BERSATU Gantung Suhaili Pula

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands