web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Permohonan BERSATU Minta Kosongkan 4 Kerusi Parlimen Sabah Ditolak

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 10:54AM

Johari Abdul - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan BERSATU untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan empat ahli Parlimen di Sabah.

BERSATU telah memfailkan tindakan undang-undang memohon supaya Johari mengisytiharkan kerusi yang disandang oleh empat ahli Parlimen itu kosong.

Hakim Datuk Amarjeet Singh berkata mahkamah terikat dengan keputusan kes di Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah tiada bidang kuasa untuk menyoal keputusan Speaker Dewan Rakyat atas kekosongan empat kerusi berkenaan mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh itu, mahkamah menolak permohonan pemohon (BERSATU) dan tiada perintah terhadap kos,” katanya.

Permohonan semakan kehakiman itu difailkan oleh Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya sebagai pegawai awam parti itu selaku pemohon pada 17 April lepas.

BERSATU menamakan Johari dan empat Ahli Parlimen terlibat iaitu Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) sebagai responden pertama hingga kelima.

Dalam permohonan itu, BERSATU memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan Johari melalui surat bertarikh 16 Januari lepas yang menyatakan responden kedua hingga kelima telah memberi penjelasan dan mengesahkan bahawa tiada berlakunya kekosongan kerusi Parlimen berkenaan berdasarkan tafsiran Perlembagaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perlembagaan BERSATU.

BERSATU juga memohon satu deklarasi bahawa empat ahli Parlimen itu telah berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, selain perintah supaya Johari mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi semua kerusi Parlimen berkenaan.

Dalam kes itu, peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun, Chetan Jethwani dan Pravin Thangarajoo mewakili kedua-dua pemohon manakala Peguam Kanan Persekutuan Farah Shuhada Ramli mewakili Jabatan Peguam Negara dan peguam Datuk Firoz Hussein Jamaluddin, Wafiy Azman, Woo J Enn dan Choo Shi Jin mewakili responden kedua hingga kelima. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kecuaian Perubatan: Bekas CEO PROLINTAS Terima Pampasan RM5.1 Juta

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang