web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ustaz Don Kembali Ke Salam Baitullah

‘Kepulangannya’ disambut mesra 'oleh dua lagi pengacara dan tetamu jemputan program terbabit

Selebriti Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 10:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ustaz Don Daniyal Don Bijayid atau Ustaz Don kini telah kembali mengendalikan program Salam Baitullah di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bersiaran pada Rabu, jam 9.00 malam.  

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman, keputusan untuk membawa semula Ustaz Don ke Salam Baitullah dibuat setelah mengambil kira pertemuan di antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Ustaz Don yang membincangkan mengenai kontroversi tercetus.

"Iya betul.. Ustaz Don kembali malam ini," ulasnya kepada BH Online.

Terdahulu Ustaz Don Daniyal dikritik oleh beberapa pihak ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Kenyataan daripada pendakwah ini dibuat ketika bersiaran di sebuah stesen radio, di mana dia mendakwa Baginda Rasullulah pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan wanita ini adalah cinta pertama Rasulullah SAW.

Lantaran itu, pendakwah ini telah ditegur oleh beberapa tokoh agamawan supaya tidak menyebarkan perkara yang tidak sahih, namun Ustaz Don Daniyal tetap dengan pendiriannya dan tidak mahu membuat sebarang pembetulan. 

Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tampil membuat penjelasan bahawa kenyataan mengenai Ummu Hani sebagai cinta pertama Rasulluah adalah diragui. 

Baru-baru ini, JAKIM telah memanggil Ustaz Don untuk satu pertemuan yang turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil.

Salam Baitullah merupakan program yang bersiaran di saluran TV1, RTM pada setiap kali musim Haji bermula. Untuk edisi kali ini ia bersiaran dari 2 Jun hingga 17 Jun hadapan. - Getaran, 13 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Program 'Geng Ta’alim' Galakkan Masyarakat Hidupkan Budaya Ta’alim Dari Rumah

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

‘Wan Khair Amir’ Nama Anak Mira Filzah, Buka Akaun Instagram

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara