web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Wan Khair Amir’ Nama Anak Mira Filzah, Buka Akaun Instagram

Mira dan suami sepakat menamakan putera sulung mereka Wan Khair Amir yang mempunyai maksud indah dan berkait rapat dengan mereka.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2022 8:31AM

Gambar: Instagram @mfmirafilzah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular yang baru sahaja bergelar ibu, Mira Filzah telah berkongsi nama putera sulungnya yang lahir tujuh hari lalu.

“Hari ini hari ketujuh bersama putera kesayangan kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran, kami menamakan putera kami Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

“'Khair' membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). 'Amir' pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah,” tulis Mira dan suami di bahagian kapsyen hantaran di Instagram.

Mereka juga turut mengadakan majlis tahnik dan bercukur yang disempurnakan oleh Ustaz Don Daniyal.

“Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.

“Moga sunah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami,” tulis mereka.

Pasangan ini juga turut mewujudkan akaun Instagram rasmi untuk anak mereka. Akaun yang diberi nama @wankhairamir itu kini sudah mempunyai lebih daripada 7,000 pengikut biarpun belum memuat naik sebarang gambar. - Getaran, 17 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Ustaz Don Kembali Ke Salam Baitullah

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Mira Filzah Wajah Terbaharu Cetaphil Malaysia

4

TARA 1 tahun yang lalu

Buttonscarves Berkolaborasi Dengan Mira Filzah, Buka Butik Terbaharu Di Pavilion Kuala Lumpur

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara