web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saham Prolintas Infra Jatuh Susulan Siasatan SPRM

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2024 2:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Harga saham Prolintas Infra Business Trust dibuka lebih rendah selepas kakitangan pengurus pemegang amanahnya, Prolintas Managers Sdn Bhd ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah berkaitan dua kontrak lebuh raya bernilai lebih RM1.6 bilion.

Menjelang 10:20 pagi, harga saham telah jatuh sebanyak 3.30% kepada 88 sen, turun daripada harga ditutup sebelum ini sebanyak 91 sen.

Malam tadi, pemegang konsesi lebuh raya mengesahkan tiga pengurus kanan telah ditahan SPRM dalam siasatan rasuah.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu, yang mengendalikan enam lebuh raya bertol, berkata ia akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

“Prolintas sedar bahawa kakitangan kami telah direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berterusan berkaitan pembinaan (kontrak).

“Prolintas terus komited untuk mengekalkan tahap integriti dan tadbir urus korporat tertinggi,” katanya.

Pengurus Prolintas berkata, lembaga pengarah berpendapat bahawa tidak akan ada kesan kewangan dan operasi ke atas operasi Prolintas Infra.

Prolintas Infra ialah amanah perniagaan tersenarai pertama di Malaysia yang patuh Syariah.

Ia mempunyai empat aset lebuh raya yang menjana pendapatan, iaitu Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), dan Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK) di bawah portfolionya.

Syarikat itu disenaraikan pada 25 Mac tahun ini. – The Malaysian Insight, 26 Jun, 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi