web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Jun 2024 5:32PM

Tertuduh ketika dibawa ke mahkamah - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Dua pegawai kanan sebuah agensi penguatkuasaan direman lima hari bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah RM30,000 bagi membantu membebaskan tiga orang lelaki yang ditahan berkaitan kes dadah, tiga tahun lepas.

Turut direman empat hari ialah isteri kepada salah seorang suspek atas kesalahan sama.

Reman ke atas kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 41 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan selepas membenarkan permohonan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber kedua-dua pegawai kanan itu akan ditempatkan di lokap SPRM Terengganu manakala suspek wanita pula ditempatkan di lokap lou Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta SPRM.

Semalam SPRM Terengganu menahan tiga suspek berkendan ketika hadir memberi keterangan di pejabat suruhanjaya itu.

Kedua-dua pegawai kanan yang ketika itu bertugas di sebuah daerah di negeri ini disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai RM30,000 pada 2021 daripada seorang lelaki sebagai balasan melepaskan rakannya yang ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 7 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah