web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Berkenan Persembah Warkah Persilaan Istiadat Pertabalan Kepada Sultan Brunei

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 9:45PM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bersama Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mempersembahkan warkah persilaan ke Istiadat Pertabalan Baginda kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim hari ini memaklumkan majlis menghadap dan persembahan warkah persilaan itu, kemudiannya diikuti dengan majlis santapan tengah hari.

Hantaran berkenaan turut berkongsi beberapa foto sekitar majlis menghadap dan persembahan warkah persilaan itu.

Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Hangar Penerbangan Diraja Brunei disambut Pengiran Muda Mahkota Brunei Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Hadir sama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Ketua Protokol Kementerian Luar Datuk Mohd Aini Atan dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Nur Ezira Mahadi.

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim akan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Rais Tatarstan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang