web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2024 8:04AM

Hari ini, seisi negara berpeluang menyaksikan detik bersejarah istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan pada 1957, selepas Malaysia (pada ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu) akhirnya bebas daripada penjajahan British.

Sesuai penubuhan, seorang Yang di-Pertuan Agong akan dipilih menerusi proses dilaksanakan Majlis Raja-Raja, terdiri daripada sembilan Raja-Raja Melayu.

Berkhidmat selamat lima tahun dan bersemayam di Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong tidak dilantik semula secara serta merta.

Pada 27 Oktober tahun lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17, menggantikan Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Perisytiharan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 berlangsung dengan penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Negara pada 31 Januari lalu.

Hari ini, seisi negara sekali lagi berpeluang menyaksikan detik bersejarah istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Istiadat berkenaan bakal diadakan di Istana Negara dengan penuh adat dan tradisi diraja, bermula jam 10 pagi nanti.

Ia bakal disusuli dengan Majlis Santapan Diraja pada 8.30 malam, di Istana Negara.

Turut memeriahkan istiadat pertabalan adalah kehadiran tetamu kehormat dari negara-negara sahabat, antaranya Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang dilaporkan berada di Malaysia sejak semalam.

Siri acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebenarnya sudah dimulakan sejak Khamis lalu dengan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara, diikuti Khutbah Jumaat Khas semalam.

Baginda sendiri berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah Jumaat khas itu.

Turut diadakan ialah Pameran Raja Kita di Muzium Negara bermula 25 Julai nanti.

Pameran tersebut terbuka kepada umum sehingga 2 September dan memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat kira-kira 130 koleksi diraja sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri Johor.

Menyusuri kembali sejarah takhta Sultan Ibrahim, baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 31 Julai 1981 di Istana Besar, Johor Bahru.

Pelantikan baginda diisytiharkan oleh Almarhum Sultan Iskandar.

Pada 22 Januari 2010, baginda dilantik sebagai sebagai Pemangku Raja kerana kegeringan ayahandanya, sebelum dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010, susulan kemangkatan Sultan Iskandar di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru. – Getaran, 20 Julai, 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Rais Tatarstan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Semasa 11 jam yang lalu

JAIS Tubuh Pasukan Khas, Siasat Ajaran Sesat Di Selangor

Semasa 11 jam yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman