web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2024 12:44PM

Latihan akhir Kawalan Kehormatan Utama sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Kem Tentera Darat Sungai Besi hari ini.. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Upacara penuh tradisi ketenteraan daripada tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pelengkap kepada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim esok.

Sebagai pendahulu kepada istiadat gilang-gemilang yang berlangsung lima tahun sekali, acara penuh tradisi ketenteraan itu merupakan lambang taat setia ATM kepada pasukan pertahanan negara di bawah Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM.

Istiadat pertabalan esok menyaksikan penglibatan 377 pegawai dan anggota ATM daripada cabang darat, laut dan udara yang memainkan peranan penting daripada sekecil-kecil tugasan sebagai pembuka pintu kenderaan diraja sehinggalah membentuk Kawalan Kehormatan Utama untuk mempersembahkan Hormat Diraja.

Panglima Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd), Brigedier Jeneral Muhammad Fauzi Abu Bakar berkata penugasan ATM bermula dari pintu utama Istana Negara bagi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu yang akan diberi penghormatan daripada Kawalan Kehormatan Kuarter.

"Kawalan Kehormatan Kuarter melibatkan 12 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) disusuli Istiadat Pecah Bendera," katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Brigedier Jeneral Muhammad Fauzi Abu Bakar
Brigedier Jeneral Muhammad Fauzi Abu Bakar

Bagi Kawalan Kehormatan Utama, Muhammad Fauzi berkata seramai empat pegawai dan 103 anggota dari 1 RAMD diketuai Mejar Muhammad Fikri Senan akan membawa dua panji iaitu Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Panji-Panji Rejimen 1 RAMD.

"Pasukan lain dalam ATM yang terlibat dalam penugasan istiadat pertabalan antaranya kumpulan Regalia membabitkan pengiring diraja, pengawal tombak dan peniup nafiri daripada Skuadron Istiadat Berkuda manakala pengawal anjung, jejawat payung dan tombak daripada 1 RAMD.

"Turut terlibat pasukan pancaragam pengiring, pembawa alat-alat kebesaran diraja dan Kumpulan Tembakan Meriam Kehormatan dari 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (41 Bti RAD)," katanya.

Anggota 1 RAMD ketika melakukan sesi raptai bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 esok di Istana Negara
Anggota 1 RAMD ketika melakukan sesi raptai bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 esok di Istana Negara

Muhammad Fauzi berkata, pada istiadat pertabalan esok 21 das tembakan meriam atau Tembakan Kehormatan yang lebih dikenali 21 Gun Salute akan dilepaskan dan ia adalah amalan biasa dipraktikkan di peringkat antarabangsa terutamanya bagi negara-negara Komanwel.

Beliau berkata, sebanyak enam unit meriam digunakan pada istiadat tersebut yang dilaksanakan lima pegawai dan 60 anggota dari 41 Bti RAD.

Bagi memastikan kelancaran istiadat pertabalan esok, Muhammad Fauzi berkata persiapan rapi termasuk sesi raptai dilakukan penuh teliti sejak dua minggu lepas.

"Melihat daripada siri raptai yang kita adakan di Istana Negara, saya berkeyakinan bahawa pegawai dan anggota yang terlibat sudah bersedia bagi membolehkan istiadat ini berjalan dengan lancar dan teratur," katanya.

Sementara itu, Muhammad Fikri, 33, berkata peranannya sebagai ketua Kawalan Kehormatan Utama merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul sebaik-baiknya bagi memastikan mutu kawalan yang cemerlang dapat dipersembahkan pada istiadat pertabalan esok.

Katanya penjagaan makanan dan kesihatan dititikberatkan bagi memastikan laungan suara dan fizikal tubuh berada dalam keadaan mantap supaya tidak menjejaskan Kawalan Kehormatan Utama.

"Ini kali pertama saya menjadi ketua dan terlibat dalam Istiadat Pertabalan YDP Agong, sudah tentu saya mahu buat yang terbaik," kata anak kelahiran Muar, Johor itu ketika ditemui pada sesi latihan di Kem Perdana Sungai Besi di sini.

Sultan Ibrahim telah melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas. –BERNAMA

Foto: BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Berkenan Rasmi Hari Landskap Negara 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Ucap Selamat Hari ATM Ke-91

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok