web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2024 8:25AM

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diapit Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara semalam. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara di sini, semalam.

Majlis itu ialah acara pertama daripada tujuh acara disusun sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang dijadual berlangsung esok.

Ketibaan Seri Paduka Baginda berdua pada 5.18 petang semalam disambut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong ke-17 dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Turut hadir bersama kira-kira lebih 1,500 jemaah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan menteri-menteri Kabinet serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Majlis berkenaan dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni.

Majlis itu bagi memohon kesejahteraan dan kesihatan buat Seri Paduka Baginda berdua bersemayam sebagai Ketua Negara selama tempoh lima tahun dan memohon kesejahteraan dan kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

Usai majlis, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan meluangkan masa menyantuni jemaah sebelum berangkat pulang pada 6 petang.

Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari lalu.

Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan berlangsung di Istana Negara esok dan bersempena dengan istiadat itu, BERNAMA TV akan menyiarkan dokumentari "Di Sebalik Mahkota" pada 19 Julai. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Rais Tatarstan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Sukan 21 jam yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

Semasa 1 hari yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 22 jam yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

Semasa 11 jam yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB