web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2024 1:07PM

Warga asing dewasa akan membawa bayi dan kanak-kanak yang 'ditidurkan' untuk mengemis di sekitar Jalan Chow Kit, Jalan Masjid India dan Jalan Sentul pada waktu pagi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur melumpuhkan sindiket menggunakan warga asing dan kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti mengemis sekitar ibu negara dalam serbuan di Jalan Sultan Azlan Shah malam tadi.

Lebih menyedihkan bayi dan kanak-kanak berusia antara 10 bulan hingga enam tahun diberikan ubat dipercayai untuk 'ditidurkan' sebelum dibawa oleh warga asing dewasa bagi menjalankan aktiviti mengemis sekitar Jalan Chow Kit, Jalan Masjid India dan Jalan Sentul pada waktu pagi.

Perbuatan itu dipercayai bagi meraih simpati orang ramai sekali gus meningkatkan 'pendapatan' warga asing terbabit hasil daripada aktiviti mengemis.

Taktik itu terbongkar selepas jabatan berkenaan menyerbu sebuah bangunan rumah kedai empat tingkat kira-kira 9 malam tadi dan menemukan beberapa botol ubat batuk di kediaman yang disewa warga asing terbabit.

Difahamkan, bangunan rumah kedai itu turut dijadikan penempatan untuk warga asing disyaki dari Pakistan, Indonesia dan India dengan kadar sewaan RM800 sebulan yang didiami kira-kira lapan individu dalam satu bilik kecil termasuk beberapa kanak-kanak.

Serbuan turut berjaya membongkar sindiket pemalsuan dokumen pasport yang berselindung disebalik perniagaan kedai dobi, alat telekomunikasi dan kedai gunting rambut.

Wartawan Bernama yang turut menyertai serbuan terbabit mendapati bahagian belakang premis dijadikan pejabat operasi sindiket dan perniagaan yang dijalankan itu sekadar mengaburi mata pihak berkuasa selepas terdapat puluhan pasport dipercayai memiliki cop palsu di dalam premis itu.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata serbuan yang berakhir kira-kira 12 tengah malam tadi dijalankan berdasarkan hasil risikan selama enam bulan di lokasi itu.

Beliau berkata serbuan menahan 79 warga asing dan seorang lelaki warga tempatan kesemuanya berusia antara 10 bulan hingga 59 tahun.

"Sebanyak 77 warga Pakistan ditahan membabitkan 44 lelaki, wanita (22), kanak-kanak lelaki (empat), kanak-kanak perempuan (tujuh) selain seorang wanita Indonesia, seorang wanita India dan seorang lelaki tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohammed Saupee berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Akta Pasport 1966 (Akta 150). – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah