web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Semasa Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2024 8:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Bahau, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hoo Chang Hook berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 11.55 pagi dan mangsa dipercayai bergaduh dengan anaknya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita berusia 63 tahun itu ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri di atas lantai di hadapan halaman rumahnya.

"Suspek berusia 33 tahun merupakan anak pertama kepada mangsa dan pemegang kad orang kurang upaya (mental). Mereka sebelum itu dipercayai bertengkar dan berlaku pergelutan, tiada kecederaan disebabkan senjata tajam.

"Susulan itu, polis menahan lelaki terbabit di rumah tersebut dan punca kejadian masih disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Hoo berkata permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret Bahau hari ini dan orang awam turut dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar mangsa. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Zayn Rayyan Kembali Hangat, Ibu Bapa Direman Pagi Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerana Cemburu, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 15 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

Semasa 12 jam yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 19 jam yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL