web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerana Cemburu, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2024 4:01PM

Suspek yang berusia 26 tahun dipercayai ditikam dengan pisau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara cemburu, nyawa seorang jurugambar sambilan melayang selepas dia maut ditikam teman wanitanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, insiden terbabit berlaku di sebuah rumah di Bandar Rimbayu, Kuala Langat semalam.

Menurut beliau, mangsa, 26, yang luka parah di pergelangan tangan kiri dan kaki kiri dipercayai ditikam dengan pisau disahkan meninggal dunia pada jam 7.25 pagi semalam, ketika sedang menerima rawatan di Hospital Cyberjaya.

“Siasatan awal mendapati saspek iaitu teman wanita mangsa cemburu kerana teman lelakinya telah berlaku curang.

“Saspek telah ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, yang bertindak atas maklumat,” katanya, seperti dilaporkan Harian Metro.

Jelas Ahmad Ridhwan, polis dimaklumkan mengenai kejadian tersebut daripada doktor di hospital terbabit pada jam 9.41 pagi semalam.

“Laporan diterima mengatakan beliau menerima seorang pesakit yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pengadu memberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 30 minit tetapi ketika itu tiada respon dan denyutan nadi pada mangsa,” katanya.

Susulan kejadian beliau berkata, saspek yang turut berusia 26 tahun direman bermula hari ini dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Saspek ialah bekas pelajar jurusan perubatan yang bekerja sebagai model sambilan dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya. - Getaran, 12 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Gagal Ke Peringkat Akhir, Malaysia Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-12

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 16 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar