web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000

Semasa Dikemaskini 18 jam yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Nov 2024 6:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal pengiring orang kenamaan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menumbuk muka pemandu e-hailing yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) semasa menunggu pelanggannya di lobi sebuah hotel, Mei lepas.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan menjatuhkan hukuman itu terhadap Lans Koperal Muhammad Taufik Ismail, 32, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.

"Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000, jika gagal bayar tertuduh dikenakan hukuman penjara 20 hari," kata Farah Nabihah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap Ong Ing Keong, 47, di hadapan lobi sebuah hotel di Brickfields di sini pada 11.40 pagi, 28 Mei.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Muhammad Taufik yang diwakili peguam A. Ashok membayar denda itu.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian pengadu yang merupakan pemandu e-hailing telan memandu keretanya ke hadapan lobi sebuah hotel untuk mengambil penumpang dan telah menunggu penumpang terbabit lebih kurang lima minit.

Semasa penumpang itu masuk ke dalam kenderaan, pengadu melihat ada beberapa orang termasuk tertuduh yang bertindak seperti pengawal peribadi orang kenamaan berada di situ dan menunjukkan isyarat tangan kepadanya untuk beredar, namun pengadu tidak faham kerana dia merupakan OKU pekak dan bisu.

Pengadu telah membuka cermin kenderaannya dan mengangkat tangan kepada tertuduh untuk bertanya berkenaan apa yang terjadi dalam bahasa isyarat sebelum tertuduh menumbuk pengadu di bahagian mukanya dan menyebabkan pengadu berasa sakit di bahagian pipi sebelah kanan.

Lelaki itu kemudian meninggalkan lokasi kejadian dan menghantar penumpangnya lalu membuat laporan polis.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh berada di tempat kejadian kerana bertugas sebagai pengawal pengiring kepada orang kenamaan dan laporan perubatan mengesahkan bahawa terdapat bengkak di bahagian muka sebelah kanan pengadu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Razali Che Ani memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam kerana kes ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan sama.

"Pengadu dalam kes ini merupakan OKU, sepatutnya tertuduh perlu membantu mangsa dan bukannya mendatangkan kecederaan kepada mangsa," kata Razali yang mengendalikan kes itu bersama TPR Mohd Safarizal Zakaria.

Ashok pula memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya merupakan anggota polis berpangkat lans koperal yang telah berkhidmat selama sembilan tahun dalam PDRM.

"Dalam kes ini, mangsa tidak mengalami kecederaan parah selain tiada motif dan elemen jenayah serius atau unsur keganasan yang melampau serta tiada peralatan atau senjata dalam mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

"Anak guam saya ketika itu sedang menjalankan tugas keselamatan semasa mengiringi dan dia mempunyai rekod bersih sepanjang perkhidmatannya. Dia memohon maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa selain menyesal atas kesalahan yang dilakukannya itu," kata Ashok.

Prosiding itu turut dihadiri peguam pemerhati kepada mangsa, Zaid Malek. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 18 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra