web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Luar Negara Dikemaskini 18 jam yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2024 6:09PM

Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Luar hari ini mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terjejas secara langsung akibat banjir yang melanda Valencia dan kawasan sekitarnya di Sepanyol sejak 29 Oktober lalu.

Dalam nasihat terkininya, kementerian turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar terus berwaspada dan mematuhi arahan serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

"Kementerian Luar akan terus memantau situasi ini dengan teliti dan memberikan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di rantau itu," menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan diminta agar sentiasa berhubung rapat dengan pihak kedutaan serta digalakkan untuk mendaftar kehadiran mereka melalui platform E-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat dan bantuan.

Bagi bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid di Ave. de los Madroños 63B, 28043 Madrid, melalui telefon di talian +34659894943 (24 jam) atau melalui e-mel di mwmadrid@kin.gov.my.

Lebih 200 orang dilaporkan terkorban dalam bencana banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk di Sepanyol dalam beberapa dekad.

Pasukan penyelamat terus menjalankan operasi di tempat letak kereta bawah tanah dan terowong dalam usaha mencari mangsa yang terselamat serta mengeluarkan mayat, menurut laporan media. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Letupan Di Narathiwat: 2 Rakyat Malaysia Cedera - Wisma Putra

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000