web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Insiden Letupan Di Narathiwat: 2 Rakyat Malaysia Cedera - Wisma Putra

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2024 8:24AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) mengesahkan dua rakyat Malaysia cedera dalam satu insiden letupan di Wilayah Narathiwat, Thailand pada Isnin lalu.

Menurut Wisma Putra, insiden letupan itu berlaku di tempat pemeriksaan zon keselamatan di Tha Phraya Sai, Wilayah Narathiwat pada jam 9.35 malam (waktu tempatan).

Katanya, kedua-dua mangsa sudah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra dan dibenarkan keluar dari hospital, semalam. 

Sehubungan itu, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, serta mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya dalam satu kenyataan.

Wisma Putra berkata, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan untuk menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di alamat, No 4. Sukhum Road, Tambon Boryang Muang District Songkhla 90000 Thailand.

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla juga boleh dihubungi menerusi talian, +(6674) 311062/+(6674) 316 274 (waktu pejabat) +(6693) 6570707 (selepas waktu pejabat) atau e-mel, mwsongkhla@kln.gov.my. - Getaran, 8 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Gempa Bumi Di Taiwan - Wisma Putra

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Israel Terhadap Pusat Agihan Makanan PBB Di Rafah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai

Sukan 1 hari yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Pelacuran Warga Asing Tumpas, 75 Individu Ditahan