web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 8:03PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dengan tegas mengutuk serangan berterusan oleh tentera rejin Israel ke atas penduduk Palestin, ketika umat Islam di seluruh dunia sedang meraikan Aidilfitri.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, serangan yang menyasarkan rakyat Palestin, termasuk serangan udara di kem pelarian Shati di utara Gaza dengan jelas menunjukkan kebencian dan nyata bercanggah dengan simbol perayaan itu iaitu prinsip kemanusiaan, keamanan dan belas kasihan.

Justeru, menurut kenyataan itu, Malaysia akan terus menentang tindakan keganasan dan genosid yang jelas dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

"Malaysia dengan tegas mengutuk serangan berterusan oleh rejim Israel yang menyasarkan rakyat Palestin.

"Ini termasuk serangan udara di kem pelarian Shati di utara Gaza, terutamanya semasa rakyat Palestin dan lebih daripada dua bilion umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri," katanya.

Kenyataan itu juga menyebut, serangan berkenaan sudah pasti akan menjejaskan rundingan gencatan senjata dan usaha mencari jalan penyelesaian damai terhadap konflik berkenaan.

Pada masa sama, Wisma Putra turut mempersoalkan niat Israel, jika ada, untuk mencari penyelesaian yang damai terhadap konflik berkenaan yang berlarutan sejak Oktober tahun lalu.

"Komuniti antarabangsa tidak boleh lagi berdiam diri dan membiarkan kekejaman ini berterusan, kerana lebih banyak nyawa yang tidak berdosa akan terkorban disebabkan oleh rejim yang tidak mempunyai rasa keadilan, kemanusiaan atau moral.

"Masyarakat antarabangsa harus mengambil tindakan tegas untuk menghentikan kekejaman dan bencana manusia di Gaza, serta memastikan pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan tegas atas jenayah perang dan jenayah kemanusiaan tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Wisma Putra turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), Mahkamah Antarabangsa Keadilan (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) supaya memenuhi tanggungjawab mereka.

Katanya, UNSC perlu mempertimbangkan penubuhan sebuah tribunal jenayah antarabangsa untuk mendakwa dan membawa ke muka penghadilan mana-mana pihak yang bertanggungjawab di atas jenayah terbabit.

"Malaysia tetap teguh dalam usahanya untuk mencapai penyelesaian damai kepada konflik yang berpanjangan, yang telah meragut banyak nyawa selama lebih dari 75 tahun dan dengan tegas mempertahankan prinsip bahawa rakyat Palestin layak mencapai penubuhan negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan-sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kotanya," katanya. - Getaran, 11 April 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Negara Palestin: Malaysia Puji Keputusan Sepanyol, Norway Dan Ireland

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan