web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 8:44AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelajari daripada peristiwa Nakba 1948, jiwa rakyat Palestin hari ini dilihat masih kekal dengan semangat cintakan tanah air sungguhpun diserang oleh tentera Israel sejak Oktober lepas.

Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Abdel Rahman Ibrahim berkata, sungguhpun serangan bertubi-tubi tentera rejim yang kini menyasarkan pula kem di Rafah menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal, rakyat Palestin tetap tidak berganjak daripada negara mereka.

"Untuk jawapan kepada pertanyaan ke manakah rakyat Palestin selepas Rafah, saya hendak perbetulkan persepsi ini di mana rakyat Palestin bukanlah akan ke Mesir mahupun ke negara lain.

"Mereka kebanyakannya kembali semula ke Utara Gaza dan ke serata Gaza iaitu tempat asal, melihat runtuhan rumah-rumah mereka. Mereka sedang mengalami Nakba, telah belajar daripada peristiwa Nakba 1948 dan tekad tidak mahu mengulang semula tragedi tersebut dan tidak keluar daripada negara mereka,” katanya.

Abdel Rahman berkata demikian menerusi program bual bicara Radio Bernama untuk segmen Reaksi bertajuk "Selepas Rafah ke Mana?” pada Rabu.

Rakyat Palestin menggunakan istilah "Nakba" atau Malapetaka untuk mengingati pengusiran ratusan ribu rakyat Palestin dari rumah dan tanah mereka pada tahun 1948 selepas penubuhan Israel.

Menyentuh soal perlindungan, Abdel Rahman menambah, hak asasi manusia yang selayaknya diterima rakyat negara itu masih tidak terbela dan memerlukan perhatian segera masyarakat antarabangsa.

"Apapun, saya terharu dengan protes dan bantahan para pelajar universiti-universiti terkemuka dunia yang majoriti mereka adalah generasi Z kerana berani menyuarakan suara rakyat Palestin,” kata penganalisis itu.

Terkini, Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Selasa berkata sejak tiga minggu lepas, hampir 1 juta rakyat Palestin telah melarikan diri dari Rafah di tengah-tengah serangan berterusan Israel ke bandar itu.

Dalam satu kenyataan di platform X, UNRWA berkata penduduk beramai-ramai meninggalkan Rafah walaupun "tiada tempat yang selamat untuk pergi dan di tengah-tengah pengeboman, kekurangan makanan dan air".

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres yang mengutuk serangan udara maut Israel berhampiran Rafah di laman X juga berkata, "Tiada tempat selamat di Gaza. Kengerian ini harus dihentikan.” - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Negara Palestin: Malaysia Puji Keputusan Sepanyol, Norway Dan Ireland

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi