web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Negara Palestin: Malaysia Puji Keputusan Sepanyol, Norway Dan Ireland

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2024 9:42AM

Dari kiri - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez; Perdana Menteri Ireland, Simon Harris dan Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre - Gambar Guardian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menyambut baik pendirian tiga negara Eropah iaitu Sepanyol, Norway dan Ireland yang membuat keputusan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan berkenaan mencerminkan pendirian ketiga negara untuk menyokong kebenaran.

Menurut beliau, ia jelas menggambarkan nilai kemanusiaan yang amat tinggi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol tatkala memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan. 

“Niat murni negara-negara ini jelas terpacul saat diumumkan keputusan tersebut, dan ini bukti nyata bahawa mereka memperaku hak rakyat Palestin kepada prinsip kedaulatan, maruah dan dalam menentukan nasib dan masa depan sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Perdana Menteri, detik bersejarah itu berupaya menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di benua timur tengah. 

“Kepada negara-negara yang lain yang belum berbuat demikian, fahami fakta ini; bahawa dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan warga Palestin, dan usaha mereka dalam mencari dan menjelmakan keadilan tidak mampu tertahankan lagi. 

“Ayuh bersama di garis ini dalam mengemudi sejarah lantas memungkinkan perubahan  yang bermakna buat rakyat Palestin,” katanya.

Sejak bedilan Israel kembali menggegarkan Palestin bermula 7 Oktober tahun lalu, 35,562 nyawa penduduk Palestin telah terkorban, dengan sebahagian besarnya ialah kanak-kanak.

Jumlah itu termasuk 100 wartawan Palestin dan tiga wartawan Lubnan yang membuat laporan dari lokasi kejadian. - Getaran, 24 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang