web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2024 8:30AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Aksi cemerlang beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah membenam pasangan nombor enam dunia dari Jepun Matsumoto-Wakana Nagahara mewarnai dan menyemarakkan semangat kontinjen Malaysia pada hari kedua temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Beregu ranking ke-13 dunia itu mempamerkan aksi penuh bertenaga dan agresif untuk bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencipta kejutan 18-21, 21-15, 21-16 ke atas juara dunia 2018 dan 2019 tersebut pada aksi Kumpulan A di Porte de La Chapelle Arena.

Kejayaan itu, sekali gus kembali menghidupkan peluang untuk melangkah ke suku akhir selepas akur dengan kehebatan gandingan nombor satu dunia China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, 17-21, 20-22, pada aksi pembukaan kelmarin.

Namun, juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu, berdepan misi wajib menang menentang beregu ranking kesembilan dunia dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti pada aksi terakhir peringkat kumpulan maut itu, Selasa ini.

Dua pasangan teratas kumpulan layak ke suku akhir.

Kemenangan itu terus memberikan inspirasi kepada kem badminton negara apabila beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan slot ke suku akhir selepas mencipta kemenangan kedua berturut-turut dalam peringkat kumpulan.

Pemenang pingat gangsa pada edisi Tokyo 2020, Aaron-Wooi Yik menepati ramalan apabila dengan mudah mengatasi Adam Dong-Nyl Yakura dari Kanada 21-10, 21-15 dalam aksi Kumpulan A.

Namun, juara dunia 2022 itu, berdepan cabaran sengit menentang beregu nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang hari ini dalam penentuan juara kumpulan yang akan memudahkan laluan mereka di peringkat kalah mati nanti.

Pada aksi Kumpulan G beregu campuran, Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan Vinson Chiu-Jennie Gai dari Amerika Syarikat 21-15, 24-22 dan bakal menerima tentangan sengit daripada juara Asia, Feng Yang Zhe-Huang Dong Ping dari China hari ini.

Arena megah dengan kapasiti 8,000 penonton itu, turut menyaksikan pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia memulakan misinya untuk menggapai emas Olimpik dengan menundukkan pemain nombor 70 dunia dari Sri Lanka, Viren Nettasinghe 21-14, 21-12 dalam Kumpulan G.

Selepas rehat sehari, beliau akan turun berdepan pemain nombor 62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian, yang membuat penampilan kelima di Olimpik.

Namun, nasib berbeza buat kem memanah recurve negara apabila trio Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Syaqiera Mashayikh dan Nurul Azreena Mohd Fazil tewas dalam acara berpasukan wanita di Invalides.

Mereka tersingkir dengan kekalahan 3-5 kepada kepada trio Indonesia, Diananda Choirunisa, Syifa Nurafifah Kamal dan Rezza Octavia pada pusingan penyingkiran 1/8 dan seterusnya berharap untuk melangkah jauh dalam acara individu bermula Selasa. 

Sementara itu, cabaran kontinjen negara di kolam renang Arena La Defense berakhir semalam selepas perenang berusia 18 tahun, Tan Rouxin sekadar meraih kedudukan ke-33 dengan catatan satu minit dan 12.50 saat (s) pada saringan 100 meter (m) kuak dada wanita, sekali gus terlepas peluang ke separuh akhir.

Kelmarin, Khiew Hoe Yean turut menamatkan saingan pada saringan 400m gaya bebas lelaki.

Pada hari ketiga temasya hari ini, bekas juara dunia remaja Goh Jin Wei akan membuka kempen acara perseorangan wanita dengan menentang pemain Afrika Selatan Johanita Scholtz dalam saingan Kumpulan H.

Dalam pada itu, Ketua Kontinjen Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sentiasa mengutamakan keselamatan peserta kontinjen dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengulas laporan bahawa Pusat Media Utama (MPC) di Palais de Congres di sini, ditutup sementara pada Sabtu kerana ancaman letupan.

Selain 26 atlet dan 40 pegawai kontinjen negara, katanya seramai 25 pengamal media dari Malaysia terdiri daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), pemegang hak siaran serta petugas media kontinjen dan organisasi berita antarabangsa sedang bertugas di Paris. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Semasa 10 jam yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 1 hari yang lalu

Perbezaan Pendapat Perlu Ditangani Dengan Adab Terbaik - Ahmad Zahid