web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 9:08AM

McDonald’s Malaysia bukan hanya menyokong rakyat Palestin, malah sentiasa terlibat dalam program menyantuni golongan memerlukan di negara ini - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Vandalisme dan siri serangan ke atas beberapa cawangan  restoran makanan segera McDonald’s di negara ini tidak seharusnya berlaku.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, pengurusan restoran sebelum ini telah berulang kali menjelaskan pendirian mereka yang menentang segala kezaliman dilakukan rejim Zionis.

Menurut beliau, pegangan itu kekal tidak berubah sebagai restoran yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Islam.

“Kami secara konsisten menyuarakan sokongan kepada penduduk Palestin, malah telah menderma RM1 juta kepada Tabung Kemanusiaan Palestin.

“Berdiri bersama Palestin ialah satu perjuangan yang penting, tetapi ia tidak seharusnya membawa kepada perbuatan mengancam rakyat Malaysia lain,” keluhnya.

Azmir Jaafar - Gambar X
Azmir Jaafar - Gambar X

Azmir menyatakan demikian sebagai mengulas siri serangan dan vandalisme yang berlaku ke atas beberapa cawangan restoran, papan iklan dan papan tanda McDonalds di negara ini.

“Sebagai Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan Malaysia, saya amat bimbang dengan beberapa insiden yang memberi kesan kepada perniagaan kami.

“Perilaku vandalisme yang menjadikan papan tanda, papan iklan dan beberapa cawangan seluruh negara sebagai sasaran semakin meningkat. Perbuatan ini mendatangkan tekanan besar ke atas pekerja dan komuniti setempat,” katanya.

Beliau memberitahu, semua rakyat berhak menyuarakan pandangan masing-masing, namun sebarang kekerasan perlu dielakkan. 

“Kita semua adalah sebahagian daripada keluarga Malaysia dan perilaku seperti itu amat menyedihkan.

“Keselamatan pekerja yang kesemuanya adalah rakyat Malaysia ialah keutamaan kami,” tegasnya.

Pendirian McDonald’s Malaysia dalam menyokong Palestin tidak pernah berubah - Gambar fail
Pendirian McDonald’s Malaysia dalam menyokong Palestin tidak pernah berubah - Gambar fail

Jelas Azmir, beliau sebagai seorang Islam berkongsi rasa duka dan kesakitan ditanggung seluruh penduduk Palestin, malah sentiasa berdiri bersama mereka.

“Kita semua memiliki tanggungjawab moral untuk membantu mereka. Atas tujuan ini, McDonald’s Malaysia bukan sekadar menderma atas nama syarikat, malah pekerja kami turut melancarkan inisiatif sendiri dan berjaya mengutip lebih RM100,000 untuk disumbangkan kepada Palestin. 

 “Saya menggesa rakyat Malaysia untuk menyuarakan pandangan mereka dengan berhemah. Vandalism dan kekerasan tidak membawa sebarang hasil, malah hanya memburukkan keadaan,” katanya. - Getaran, 2 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Negara Palestin: Malaysia Puji Keputusan Sepanyol, Norway Dan Ireland

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Sambut Baik Resolusi PBB Gesa UNSC Timbang Semula Permohonan Palestin

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki ‘Kantoi’ Curang Mengaku Tak Bersalah Belasah Isteri

Sukan 1 hari yang lalu

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Di Sukan Olimpik Paris Bukan Tanggungjawab KBS

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran