web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Sambut Baik Resolusi PBB Gesa UNSC Timbang Semula Permohonan Palestin

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2024 2:15PM

Konflik Palestin-Israel sehingga 8 Mei lalu telah meragut 34,844 nyawa penduduk Palestin - Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menimbang semula permohonan Palestin untuk diterima sebagai anggota penuh PBB.

Permohonan tersebut sebelum ini digagalkan oleh satu undi veto bulan lalu.

Jurucakap Wisma Putra berkata, resolusi yang telah diluluskan semasa Sesi Kecemasan Khas Ke-10 di Perhimpunan Agung PBB pada 10 Mei semalam telah disokong oleh 143 buah negara.

Sembilan lagi negara menentang keputusan berkenaan manakala 25 lagi mengambil pendirian berkecuali.

“Sokongan melebihi dua pertiga negara anggota PBB untuk menyokong hak rakyat Palestin menentukan nasib mereka sendiri dan hak untuk negara Palestin yang berdaulat, menzahirkan komitmen tidak berbelah bahagi masyarakat antarabangsa demi mencapai keamanan berkekalan di Asia Barat.

“Resolusi ini juga memberikan hak dan keistimewaan kepada Palestin untuk menyertai secara penuh sesi-sesi di PBB,” katanya.

Jelas jurucakap itu, Malaysia telah menyokong dan menaja bersama Resolusi ini, bersama-sama dengan 76 negara anggota PBB yang lain. 

“Malaysia akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya, serta kemasukan Palestin sebagai anggota penuh PBB,” katanya. 

Konflik Palestin-Israel yang kembali tercetus sejak 7 Oktober tahun lalu sehingga kini telah meragut 34,844 nyawa penduduk Palestin setakat 8 Mei lepas. - Getaran, 11 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Peminat Apple Teruja, Tak Kisah Beratur Panjang Untuk Jadi Pelanggan Pertama

2

Semasa 1 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

3

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 15 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 22 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar