web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Politik Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 12:50PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan sedang berlangsung di Menara SPR di sini.

Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun itu bermula pada pukul 10 pagi, antaranya bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK berkenaan seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak.

SPR dijangka mengadakan sidang media pada jam 12 tengah hari selepas selesai mesyuarat berkenaan.

Pada 19 Jun lepas, Ikmalrudin dilaporkan berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung kekosongan luar jangka kerusi N43 Nenggiri.

Mohd Amar berkata keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.

Menurut Mohd Amar, parti Bersatu pada 12 Jun lepas juga memaklumkan Mohd Azizi telah hilang keahlian, dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka pada kerusi berkenaan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

2

Semasa 4 hari yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

3

Politik 3 minggu yang lalu

PRK Sungai Bakap 6 Julai, Undi Awal 2 Julai - SPR

4

Politik 1 bulan yang lalu

Proses Pengundian PRK KKB Bermula

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Sukan 23 jam yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 14 jam yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi