web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Politik Dikemaskini 2 hari yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2024 8:05AM

ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim. – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan injunksi sementara penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi menghentikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Peguam Chetan Jethwani mewakili Bersatu berkata Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas mendapati Mohd Azizi tidak mengalami sebarang kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki kerana beliau boleh menyertai pilihan raya kecil itu.

“Dengan keputusan hari ini, SPR boleh memulakan persiapan menghadapi PRK. Permohonan injunksi penuh akan didengar pada 28 Ogos ini pada 2.30 petang,” kata peguam itu ketika ditemui pemberita selepas pendengaran permohonan injunksi sementara yang diadakan secara dalam kamar semalam.

Beliau berkata mahkamah memerintahkan Mohd Azizi membayar kos RM7,000 kepada setiap defendan iaitu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan SPR.

Sementara itu Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly yang mewakili SPR dan Mohd Amar berkata mahkamah menyatakan bahawa injunksi sementara itu tidak boleh diberikan bagi menghalang SPR daripada menjalankan tugasnya mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Prosiding yang bermula pada 4.30 petang dan berakhir 7.30 malam itu turut dihadiri Mohd Azizi dan peguamnya, Datuk Seri Rajan Navaratnam.

Dalam saman pemula yang difailkan 24 Jun lepas, Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang memohon pengisytiharan bahawa pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Nenggiri tidak boleh dijalankan atau dilakukan oleh SPR (defendan keempat) kerana ia masih disandang oleh plaintif.

Beliau turut memohon pengisytiharan bahawa pemecatan jawatan dan keahlian beliau dalam Bersatu menerusi notis bertarikh 12 Jun lepas adalah tidak sah dan batal serta salah di sisi undang-undang.

Plaintif juga memohon pengisytiharan agar pengumuman Surat Makluman daripada Mohd Amar (defendan ketiga) kepada SPR bahawa kerusi DUN Nenggiri kosong, digantung pelaksanaannya.

Mohd Azizi juga memohon perisytiharan bahawa Surat Makluman itu adalah tidak sah dan batal dan pemecatan jawatannya daripada Bersatu adalah berniat jahat.

Plaintif berkata pindaan kepada Fasal 10 Perlembagaan Bersatu yang menetapkan keahlian seseorang akan dihentikan jika dia menyokong saingan politik, adalah tidak berperlembagaan. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

2

Semasa 4 hari yang lalu

Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

3

Politik 3 minggu yang lalu

PRK Sungai Bakap 6 Julai, Undi Awal 2 Julai - SPR

4

Politik 1 bulan yang lalu

Proses Pengundian PRK KKB Bermula

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 15 jam yang lalu

Foto Kecederaan Zayn Rayyan Tular Di Telegram

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

oleh Wartawan Getaran